Skip to main content

Singapura

Mayat wanita ditemui dalam flat HDB di Dover Road

Seorang wanita berusia 30 tahun ditemui mati di sebuah unit kediaman di Dover Road pada Isnin (2 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Mayat wanita ditemui dalam flat HDB di Dover Road
Diterbitkan : 02 Dec 2024 10:25PM Dikemas Kini : 02 Dec 2024 10:27PM
SINGAPURA: Seorang wanita berusia 30 tahun ditemui mati di sebuah unit kediaman di Dover Road pada Isnin (2 Dis).

Polis berkata, pihaknya menerima panggilan meminta bantuan di lokasi itu kira-kira jam 5.10 petang.

Setibanya mereka di lokasi, seorang wanita berusia 30 tahun ditemui terbaring tidak bergerak di dalam unit itu.

Dia kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik SCDF di tempat kejadian.

"Siasatan awal mendapati seorang lelaki berusia 34 tahun, yang dipercayai boleh membantu siasatan, telah meninggalkan Singapura sebelum membuat panggilan untuk mendapatkan bantuan," kata polis.

Lelaki dan wanita itu saling mengenali satu sama lain, tambah polis.

Polis tidak dapat memberikan butiran lanjut pada ketika ini tentang jenis siasatan mereka, yang sedang berjalan.
Sumber : CNA/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita