Mayat reput wanita dikenal pasti lepas 4 bulan; kaedah cap jari, DNA gagal pastikan pengenalan diri
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Mahkamah koroner pada Isnin (14 Ogos) mengesahkan identiti seorang wanita yang ditemui mati di tandas dapur flat HDBnya, dengan menggunakan bukti tidak langsung.
Ini selepas pengesahan identiti menerusi cap jari, sampel DNA dan rekod pergigiannya menemui jalan buntu.
Cik Tham Yoke Hing, 66 tahun, tidak mempunyai anak atau suami dan tinggal bersendirian di sebuah flat di tingkat empat Blok 48 Teban Gardens Road.
Pada 21 April lalu, seorang jiran yang tinggal betul-betul di bawah flatnya menyedari air bocor dari siling dan meminta bantuan daripada pegawai HDB untuk menghubungi Cik Tham.
Anak saudara mendiang kemudian menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) terpaksa memecahkan kunci pintu untuk masuk ke flat itu dengan kebenaran keluarga Cik Tham.
Mereka mendapati mayat wanita itu terbaring di tandas dapur dalam keadaan sangat reput.
Menurut pegawai siasatan kes itu, Inspektor Benjamin, raut wajah mendiang ketika ditemui tidak dapat dikenali.
Tiada tanda rumah itu digeledah, dipecah masuk atau pergelutan berlaku, dan barang berharganya masih utuh di dalam unit tersebut.
“Polis tidak mengesyaki sebarang perbuatan khianat, namun disebabkan keadaan mayatnya yang reput, identiti mayat itu perlu dipastikan," katan Inspektor Sim.
Pegawai forensik tidak dapat mengesan cap jarinya dan mendiang juga tidak mempunyai gigi atau rekod pergigian.
Pihak berkuasa cuba memadankan DNA dari sumsum tulangnya dengan lelaki yang dikatakan abangnya.
Namun, keputusan menunjukkan mereka tidak ada talian darah secara biologi.
Koroner negara memutuskan mendiang meninggal dunia kerana sebab semula jadi.

Sumber : CNA/SU/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.