Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mayat pendayung kayak ditemui dekat Sentosa, dua hari selepas dilapor hilang

Anggaran Waktu Membaca:
Mayat pendayung kayak ditemui dekat Sentosa, dua hari selepas dilapor hilang

Gambar: CNA/Chew Hui Min

Diterbitkan : 24 Oct 2023 08:32PM Dikemas Kini : 24 Oct 2023 08:33PM
SINGAPURA: Mayat seorang pendayung kayak wanita yang dilapor hilang pada pagi Ahad (22 Okt), sudah dijumpai di perairan dekat Sentosa.

Menurut satu kenyataan, polis menyatakan bahawa mayat tersebut dijumpai di perairan dekat dengan pulau Sentosa pada pukul 3.00 petang pada Selasa oleh Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Ia kemudian disahkan sebagai mayat pendayung kayak, seorang wanita berusia 33 tahun, yang dilaporkan hilang sebelum ini.

Berdasarkan siasatan awal, polis mendedahkan bahawa pihaknya tidak mengesyaki sebarang perbuatan khianat. Siasatan bagaimanapun masih dijalankan.

Pendayung kayak itu dilaporkan hilang dekat Sentosa pada pagi Ahad.

Seorang rakan, yang membantu dalam operasi mencari itu, memberitahu Mediacorp bahawa wanita itu sedang cuba membantu seorang lagi pendayung kayak apabila kayaknya terbalik lalu "dihanyutkan" arus.

Mediacorp sudahpun menghubungi Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA).
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan