Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mayat pekerja hilang selepas terjatuh ke dalam laut sudah dijumpai: Limbungan Kapal Keppel

Anggaran Waktu Membaca:
Mayat pekerja hilang selepas terjatuh ke dalam laut sudah dijumpai: Limbungan Kapal Keppel

(Gambar: Facebook/Raja Sivasamy)

SINGAPURA: Mayat pekerja yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam laut dijumpai pada pagi Rabu (24 Ogos). Ini berikutan kejadian yang berlaku pada Isnin (22 Ogos), di mana sebahagian jeti konkrit di Limbungan Kapal Keppel di Tuas runtuh.

Dalam satu kenyataan pada Rabu (24 Ogos), Limbungan Kapal Keppel menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan menyatakan ia sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan semakan.

"Limbungan Keppel menghargai keselamatan serta nyawa setiap pekerja dan kami amat menyesali insiden tragis ini."

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan pada Rabu (24 Ogos) bahawa ia menjumpai mayat pekerja itu terapung di perairan berdekatan dengan tempat kejadian.

Pada Isnin (22 Ogos), sebahagian jeti konkrit yang menempatkan sebuah kren runtuh, menyebabkan ia jatuh ke atas kapal yang berlabuh bersebelahan dengan jeti tersebut, kata seorang jurucakap Kementerian Tenaga Manusia (MOM).
Seorang pekerja warga Bangladesh, 38 tahun, yang berada di jeti tersebut terjatuh ke dalam laut dan dilaporkan hilang. Pekerja yang hilang itu bekerja dengan syarikat Kumarann Marine.

Kejadian di 51 Pioneer Sector 1 di Limbungan Kapal Keppel itu menyebabkan sebahagian kren tersebut tenggelam dalam laut.

Empat lagi pekerja - dua warga Bangladesh, seorang warga China dan seorang rakyat tempatan - mengalami cedera ringan dan berada dalam keadaan stabil, dedah jurucakap itu.

MOM menyatakan ia sedang menyiasat punca kejadian dan sudah menghentikan semua kerja di jeti tersebut.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan