Mayat lelaki ditemui terapung-apung di Punggol Waterway
Mayat seorang lelaki ditemui terapung-apung di perairan Punggol Waterway pada pagi Rabu (15 Ogos), berhampiran Blok 316C di Punggol Way.
Petikan perairan Punggol Waterway berhampiran Blok 316C di Punggol Way dari Google Maps. (Gambar: CNA)
SINGAPURA: Mayat seorang lelaki ditemui terapung-apung di perairan Punggol Waterway pada pagi Rabu (15 Ogos), berhampiran Blok 316C di Punggol Way.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan bahawa pihaknya dimaklumkan mengenai insiden itu pada pukul 7.20 pagi, sambil menambah bahawa lelaki berkenaan berusia 30-an tahun.
Lelaki itu ditarik keluar dari Punggol Waterway dan disahkan mati di tempat kejadian oleh para paramedik.
Polis menyatakan, pihaknya sedang menyiasat kes tersebut yang disifatkan sebagai kes kematian luar biasa.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.