Mayat lelaki ditemui di bawah jejambat Bradell
Pasukan Polis Singapura pada Jumaat (26 Apr) menyatakan mayat seorang lelaki ditemui di bawah jejambat Braddell.
(Gambar: Google Maps)
SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura pada Jumaat (26 Apr) menyatakan mayat seorang lelaki ditemui di bawah jejambat Braddell.
Polis menyiasat kes itu sebagai kematian luar biasa.
SPF dimaklumkan mengenai penemuan mayat tersebut pada sekitar jam 9.00 pagi.
"Lelaki berusia 68 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik di tempat kejadian. Polis sedang menyiasat kematian luar biasa itu," menurut polis.
Menurut seorang saksi, beberapa kereta polis dan sebuah van dari Jabatan Siasatan Jenayah (CID) kelihatan berada di susur masuk Bradell di CTE.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.