Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mayat lelaki berusia 68 tahun ditemui terapung di Marina Bay

Mayat seorang lelaki berumur 68 tahun ditemui di perairan Marina Bay pada pagi Sabtu (25 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Mayat lelaki berusia 68 tahun ditemui terapung di Marina Bay

Petikan video yang dirakamkan oleh seorang pejalan kaki menunjukkan para penyelamat membawa keluar mayat seorang lelaki di Bendungan Marina pada 25 Dis 2021.

SINGAPURA: Mayat seorang lelaki berumur 68 tahun ditemui di perairan Marina Bay pada pagi Sabtu (25 Dis).

Dalam respons kepada pertanyaan Mediacorp, polis menyatakan pihaknya menerima satu panggilan meminta bantuan di Marina Promontory sekitar jam 8.25 pagi.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan apabila para pegawai tiba di tempat kejadian, mayat itu dilihat terapung di perairan kawasan tersebut.

“Para penyelamat SCDF mendapatkan mayat berkenaan dari permukaan air. Individu itu diisytiharkan mati di tempat kejadian oleh seorang anggota perubatan SCDF."

Polis menyatakan berdasarkan siasatan awal, tiada perbuatan khianat disyaki.

"Siasatan polis sedang dijalankan," tambahnya.

Tahun lalu, seorang mahasiswa berusia 26 tahun yang juga peserta peringkat akhir Mr World Singapore dipercayai mati lemas di Kolam Air Marina berdekatan Promontory.

Sumber : Today/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan