Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mayat lelaki 65 tahun ditemui di kolam Pang Sua di Bukit Panjang

Polis sedang menyiasat kematian seorang lelaki berusia 65 tahun yang ditemui di Kolam Pang Sua di Bukit Panjang pada pagi Rabu (9 Sep). 

Anggaran Waktu Membaca:
Mayat lelaki 65 tahun ditemui di kolam Pang Sua di Bukit Panjang

Para penyelam mencari di perairan kolam Pang Sua di Bukit Panjang pada 9 Sep 2020. (Gambar: Anson, pembaca CNA)

Diterbitkan : 09 Sep 2020 01:36PM Dikemas Kini : 09 Sep 2020 01:37PM

SINGAPURA: Polis sedang menyiasat kematian seorang lelaki berusia 65 tahun yang ditemui di Kolam Pang Sua di Bukit Panjang pada pagi Rabu (9 Sep).

Menurut polis, ia menerima panggilan pada sekitar 5.00 pagi yang meminta bantuan di 101 Bukit Panjang Road.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan ia juga menerima panggilan meminta bantuan menyelamat kira-kira pada waktu yang sama.

"Setibanya SCDF di tempat itu, tiada kesan individu berkenaan," menurutnya.

Para penyelam daripada Pasukan Menyelamat dan Bantuan Bencana (DART) dikerahkan untuk melakukan pencarian. Mereka kemudian menemui mayat lelaki itu sekitar 30 meter dari kolam.

"Lelaki itu diisytiharkan mati di tempat kejadian oleh paramedik SCDF," menurut polis.

"Siasatan awal tidak mengesyaki ada perbuatan khianat," tambahnya.

Gambar-gambar yang dikirimkan oleh seorang pembaca Mediacorp menunjukkan para penyelam melakukan misi pencarian di kolam tersebut dan khemah biru polis dipasang di tepi kolam berkenaan.

Siasatan polis sedang diteruskan. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan