Mayat lelaki 45 tahun ditemui dalam terusan berhampiran Taman Geylang East
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Google Maps
SINGAPURA: Mayat seorang lelaki ditemui dalam terusan dekat Taman Geylang East di Aljunied pada pagi Jumaat (5 Ogos).
Pasukan Polis Singapura (SPF) tidak mengesyaki perbuatan khianat.
Menjawab pertanyaan Mediacorp, polis menyatakan mereka dimaklumkan mengenai kesan darah di lantai berhampiran Aljunied Avenue 5 pada sekitar pukul 7.40 pagi tadi.
Para pegawai yang dikerahkan menemui lelaki 45 tahun itu terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan berkenaan.
Mediacorp difahamkan bahawa mayat lelaki berkenaan ditemui dalam terusan di kawasan itu.
"Beliau disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh anggota paramedik Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF)," menurut SPF.
"Berdasarkan siasatan awal, polis tidak mengesyaki perbuatan khianat. Siasatan polis masih dijalankan."
TheHomeGround Asia - sebuah platform berita digital - melaporkan bahawa kontingen Gurkha dan Unit K-9 dilihat di tempat kejadian bersama dengan beberapa pegawai polis berpakaian preman.

Sumber : Today/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.