Mayat ditemui terapung di terusan Choa Chu Kang
Mayat seorang wanita berusia 83 tahun dijumpai terapung-apung di sebuah terusan pada pagi Rabu (26 Sep) berdekatan dengan Blok 690B, Choa Chu Kang Crescent.
Sebahagian terusan dekat 690B Choa Chu Kang Crescent (Gambar: Petikan Google Map)
SINGAPURA: Mayat seorang wanita berusia 83 tahun dijumpai terapung-apung di sebuah terusan pada pagi Rabu (26 Sep) berdekatan dengan Blok 690B, Choa Chu Kang Crescent.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan pihaknya dimaklumkan tentang insiden tersebut pada 6.55 pagi.
Mayat itu dikeluarkan oleh para pegawai SCDF dan wanita tersebut disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik SCDF.
Pihak polis sedang menjalankan siasatan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.