Skip to main content

Singapura

Mayat dijumpai terapung di Sungai Singapura

Satu mayat ditemui terapung di Sungai Singapura pada Selasa pagi (30 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 30 Jul 2019 02:41PM Dikemas Kini : 30 Jul 2019 11:30PM

SINGAPURA: Satu mayat ditemui terapung di Sungai Singapura pada Selasa pagi (30 Jul).

Pasukan Pertahanan Awam (SCDF) menyatakan pihaknya memberi respons terhadap satu insiden berdekatan 1 Empress Place pada sekitar 8.25 pagi.

Mayat itu dibawa keluar dan individu itu disahkan meninggal dunia oleh seorang paramedik di tempat kejadian, tambah SCDF.

Dalam satu gambar yang dipetik oleh pembaca Mediacorp, para pegawai polis dan SCDF boleh dilihat di tebing sungai dengan sebahagian kawasan itu dikepung dan sebuah khemah polis didirikan.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita