Skip to main content

Singapura

Mayat dibawa keluar dari Bendungan Marina adalah finalis Mr World Singapore 2020

Mayat lelaki yang dibawa keluar dari Bendungan Marina dekat Promontory pada Isnin (19 Okt) adalah mahasiswa Jacob Tjon. Dia juga merupakan peserta Mr World Singapore 2020.

Anggaran Waktu Membaca:
Mayat dibawa keluar dari Bendungan Marina adalah finalis Mr World Singapore 2020

(Gambar ihsan: Keluarga Jacob Tjon)

Diterbitkan : 24 Oct 2020 12:11AM Dikemas Kini : 24 Oct 2020 12:13AM

SINGAPURA: Mayat lelaki yang dibawa keluar dari Bendungan Marina dekat Promontory pada Isnin (19 Okt) adalah mahasiswa Jacob Tjon. Dia juga merupakan peserta Mr World Singapore 2020.

Mahasiswa Universiti Teknologi Singapura (NTU) itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik setelah para penyelam dari Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), menjawab panggilan pada pukul 8.50 pagi, menemui mayatkan sekitar dua meter dari darat. Dia berusia 26 tahun.

Punca kematian adalah akibat lemas, menurut ibunya. Siasatan polis sedang dijalankan.

Tjon, seorang bekas pemenang pertandingan jejaka kacak di hostel universitinya, adalah salah seorang daripada 24 finalis yang terpilih daripada lebih 200 peserta. Pertandingan Mr World Singapore dijangka berlangsung pada Disember.

Mahasiswa tahun akhir itu mengambil jurusan Kimia dan Kimia Biologi di NTU. Sebagai seorang yang bercita-cita menjadi usahawan, dia sedang membangunkan studio animasi Socialarchh, yang mempunyai bidang tumpuan dalam menghasilkan video penjelasan.

Tjon meempunyai dua orang adik perempuan yang berusia 24 dan 23 tahun.

"Dia sangat teruja untuk menyertai pertandingan itu," kata ibunya, Cik Ong, 53 tahun kepada Mediacorp. Dia memohon diberi privasi dan enggan memberikan nama penuhnya.

ANAK LELAKI YANG TAAT KEPADA IBU BAPA

Dalam wawancara di sebuah kafe pada Jumaat (23 Okt), sehari selepas upacara persemadiannya, Cik Ong, yang memakai kemeja-T hitam, mengimbas kembali betapa bangganya beliau terhadap anak lelakinya itu.

"Kami mempunyai hubungan yang rapat, kami sering berborak. Beliau seorang anak lelaki yang baik, taat dan sering mahu melakukan yang terbaik untuk keluarga," katanya.

Beliau ditemani oleh dua anak perempuannya, yang menyifatkan Tjon sebagai seorang abang yang penyayang. Mereka berkata bahawa Tjon sering menjenguk ke bilik mereka untuk bertanya tentang keadaan mereka dan apabila dia selesai membaca buku, dia akan berkongsi dengan mereka apa yang dipelajarinya.

Dalam wawancara video bagi Mr World Singapore, Tjon berkata bahawa dia menyertai pertandingan itu kerana mahu mengenali lebih ramai orang dan merubah dirinya serta berasa bangga akan dirinya.

"Saya suka deejay dan akhirnya ingin menghasilkan trek lagu saya sendiri. Saya juga sukakan lautan, dan jika saya gabungkan kedua-duanya, cita-cita saya adalah untuk memainkan muzik dalam pelayaran bersama orang-orang yang tersayang," kata Tjon.

Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita