Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mayat cucu & datuk ditemui di 2 tempat berbeza di Bukit Batok

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seorang remaja perempuan, 14 tahun, dan datuknya, 84 tahun, ditemui sudah meninggal dunia di dua tempat berbeza di Bukit Batok pada Khamis (23 Jun). 

Polis pada Sabtu (25 Jun) menyatakan bahawa pihaknya dimaklumkan tentang kes kematian luar biasa di sekitar Bukit Batok West Avenue 6 pada 23 Jun kira-kira pukul 5.50 petang. 

Remaja perempuan itu ditemui terkulai di tingkat bawah sebuah blok dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh seorang paramedik. 

"Berdasarkan siasatan awal, polis tidak mengesyaki terdapat sebarang perbuatan khianat," menurut polis. 

Polis kemudian dimaklumkan tentang lagi satu kes kematian luar biasa di sebuah unit kediaman di Bukit Batok Street 31 sekitar pukul 5.55 petang pada hari yang sama. 

Seorang lelaki lanjut usia ditemui tidak sedarkan diri dengan luka pada bahagian dadanya. Beliau disahkan meninggal dunia di tempat kejadian itu oleh seorang paramedik. 

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan ia menerima panggilan meminta bantuan sekitar pukul 5.55 petang di Blok 115 Bukit Batok West Avenue 6. 

Lima minit kemudian, SCDF menerima satu lagi panggilan meminta bantuan di Blok 363 Bukit Batok Street 31. 

Remaja itu merupakan cucu kepada lelaki berusia 84 tahun tersebut dan kedua-duanya menetap di unit yang sama sebelum meninggal dunia, menurut SPF, sambil menambah bahawa pihaknya sedang menyiasat sama ada dua kes itu berhubung kait. 

"Siasatan polis ke atas kedua-dua kes itu sedang dijalankan." 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan