Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mavis Chionh Sze Chyi dilantik sebagai hakim Mahkamah Tinggi

Pesuruhjaya Kehakiman Mavis Chionh Sze Chyi dilantik sebagai hakim Mahkamah Tinggi, sementara Peguam Cara Negara Kwek Mean Luck akan menjadi pesuruhjaya kehakiman Mahkamah Agung, dan Encik Tai Wei Shyong akan menjadi Timbalan Peguam Negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Mavis Chionh Sze Chyi dilantik sebagai hakim Mahkamah Tinggi

(Dari Kiri) Chionh Sze Chyi Mavis, Kwek Mean Luck dan Tai Wei Shyong. (Gambar: Mahkamah Agung dan AGC)

Diterbitkan : 26 Nov 2020 04:30PM Dikemas Kini : 26 Nov 2020 04:33PM

SINGAPURA: Pesuruhjaya Kehakiman Mavis Chionh Sze Chyi dilantik sebagai hakim Mahkamah Tinggi, sementara Peguam Cara Negara Kwek Mean Luck akan menjadi pesuruhjaya kehakiman Mahkamah Agung, dan Encik Tai Wei Shyong akan menjadi Timbalan Peguam Negara.

Ketiga-tiga pelantikan itu dibuat oleh Presiden Halimah Yacob atas nasihat Perdana Menteri, umum Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Khamis (26 Nov).

Pelantikan Hakim Chionh akan berkuat kuasa 12 Mac 2021 dan Encik Kwek akan memulakan penggal tugasnya sebagai pesuruhjaya kehakiman pada 4 Jan bagi tempoh 18 bulan.

Seorang lulusan Universiti Oxford, Hakim Chionh mempunyai pengalaman dalam bidang guaman selama hampir 30 tahun. Beliau memegang jawatan sebagai pesuruhjaya kehakiman di Mahkamah Agung sejak 12 Mac 2018. Sebelum itu, Hakim Chionh adalah Peguam Cara kedua di Pejabat Peguam Negara (AGC).

Encik Kwek Mean Luck memulakan kerjaya dalam bidang guaman di Mahkamah Agung pada 1998, bermula sebagai Pegawai Pembantu Hakim.

Beliau juga memegang jawatan dalam Perkhidmatan Pentadbiran, termasuk Timbalan Setiausaha (Industri) di Kementerian Perdagangan dan Perusahaan, Timbalan Setiausaha (Pembangunan) di Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD) di PMO dan sebagai Dekan dan Ketua Pegawai Eksekutif di Kolej Perkhidmatan Awam.

Encik Kwek dilantik sebagai Peguam Cara kedua di AGC pada 2015 dan merupakan Peguam Negara di AGC sejak 2017. Beliau dilantik sebagai Peguam Kanan pada 2017.

Dengan dua pelantikan baru itu, Mahkamah Agung akan mempunyai 26 hakim secara keseluruhan - termasuk Hakim Besar dan empat hakim rayuan - empat pesuruhjaya kehakiman, empat hakim kanan dan 17 hakim antarabangsa.

TIMBALAN PEGUAM NEGARA DILANTIK

Penggal tugas Encik Tai sebagai Timbalan Peguam Negara akan berkuat kuasa pada 1 Jan 2021 bagi tempoh tiga tahun.

Beliau akan menyertai Timbalan Peguam Negara lain termasuk Encik Lionel Yee dan Encik Hri Kumar Nair.

Encik Tai mempunyai pengalaman dalam bidang perkhidmatan awam selama lebih 20 tahun dan memegang beberapa jawatan termasuk sebagai Timbalan Setiausaha Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD). 

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan