Masyarakat, teknologi ubah terlalu cepat dengan cara yang tidak memanfaatkan diri, kata penduduk SG

(Gambar; Today)
SINGAPURA: Lebih separuh orang di Singapura percaya bahawa masyarakat dan teknologi berubah terlalu cepat, dalam cara yang tidak memanfaatkan mereka.
Demikian menurut satu tinjauan yang dijalankan syarikat perhubungan awam global, Edelman.
Lebih satu dalam empat (28 peratus) responden Singapura juga percaya bahawa inovasi kurang diurus dengan baik, manakala 24 peratus berkata sebaliknya.
Menurut laporan Edelman Trust Barometer yang dikeluarkan pada Selasa (12 Mac), apabila seseorang merasakan inovasi kurang diurus dengan baik, mereka lebih percaya bahawa teknologi dan masyarakat meninggalkan mereka.
Syarikat tersebut meninjau lebih 32,000 responden di 28 negara, atau kira-kira 1,150 wakil setiap negara, termasuk di Singapura, pada November 2023 bagi edisi ke-14 tinjauan global tahunannya mengenai kepercayaan dan kredibiliti.
Tinjauan itu juga mendapati di tengah-tengah kebimbangan terhadap risiko seperti penggodam dan perubahan iklim, kira-kira setengah responden di Singapura bimbang pemimpin pemerintah, ketua perniagaan, dan wartawan cuba memperdaya mereka dengan sengaja, dengan menyatakan perkara yang mereka sedar adalah palsu atau dibesar-besarkan.
MENGAPA IA PENTING
Secara keseluruhan, responden di Singapura mencatat paras tinggi sedikit kepercayaan dalam institusi tempatan untuk 'melakukan perkara yang betul', berbanding tahun sebelumnya.
Indeks kepercayaan 2024 bagi Singapura, yang menilai kadar purata kepercayaan kepada pertubuhan bukan raih keuntungan (NGO), perniagaan, pemerintah, dan media, naik kepada 67 peratus, berbanding 66 peratus yang dicatat pada 2023 dan 2022.
Meskipun kepercayaan kepada institusi tersebut meningkat, lebih ramai individu bimbang mereka diperdaya dengan sengaja oleh golongan tersebut dan para pemimpin.
- Lebih separuh (55 peratus) di Singapura berasa wartawan sengaja memperdaya mereka, berbanding 48 peratus pada 2023
- Lebih separuh (55 peratus) fikir ketua perniagaan sengaja memperdaya mereka, berbanding 50 peratus pada 2023
- Hampir separuh (46 peratus) fikir pemimpin pemerintah sengaja memperdaya mereka, berbanding 4250 peratus pada 2023
"Meskipun wujud ekosistem kepercayaan, orang ramai di Singapura ... berjaga-jaga dengan apa yang mereka baca dan dengar," Cik Julia Wei, Ketua Pegawai Eksekutif Edelman Singapore.
Dr Vincent Oh, seorang pensyarah psikologi di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS), berkata bahawa pendapat alternatif yang berkembang dengan pesat di platform media sosial mungkin menyebabkan orang ramai semakin kurang percaya kepada para pemimpin.
MEMBINA KEPERCAYAAN
Dari satu sudut, pakar berkata bahawa trend kurang percaya yang semakin meningkat terhadap para pemimpin boleh membuat orang ramai bersifat lebih kritikal dengan apa yang dimaklumkan kepada mereka, untuk menyemak dan menilai sendiri maklumat dan menuntut kebenaran serta tanggungjawab.
Pada satu lagi sudut, hubungan yang tidak baik antara pemimpin dan masyarakat mungkin menghakis kepercayaan
institusi pada masa depan. Ia akan mencetuskan potensi berlakunya konflik, tidak sanggup membayar cukai, dan lain-lain lagi, kata Dr Shannon Ang, seorang ahli sosiologi di Universiti Teknologi Nanyang (NTU).
Bagi mereka yang rasa ketinggalan sedang teknologi dan masyarakat berubah, Dr Gillian Koh, seorang zamil penyelidik kanan Institut Pengajian Dasar (IPS) berkata: "Di Singapura, naratif biasa adalah perubahan pada perniagaan disebabkan perubahan teknologi dan juga penambahbaikan bermakna pekerja akan kehilangan pekerjaan jika tidak menjalani latihan.
"Tidak banyak naratif terhadap bagaimana teknologi dapat mencipta perniagaan baharu, meletakkan nilai kepada satu pekerjaan, atau membantu pekerja dengan kerja mereka. Jadi kebanyakan cerita biasanya mengambarkan "ubah atau mati".
Dr Oh daripada SUSS juga berkata bahawa pilihan yang terhad memainkan peranan utama mengapa responden mungkin berasa ketinggalan oleh perubahan masyarakat dan teknologi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.