Masyarakat S'pura teguh pertahankan institusi keluarga tradisional: Masagos
Pemerintah akur bahawa masyarakat Singapura secara umumnya, khususnya masyarakat Melayu/Islam, teguh mempertahankan institusi keluarga tradisional serta undang-undang berkaitan perkahwinan.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pemerintah akur bahawa masyarakat Singapura secara umumnya, khususnya masyarakat Melayu/Islam, teguh mempertahankan institusi keluarga tradisional serta undang-undang berkaitan perkahwinan.
Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) Masagos Zulkifli memberi jaminan, dasar-dasar yang mempertahankan kepentingan institusi keluarga akan diberi keutamaan dan dikekalkan.
Beliau berkata demikian dalam satu wawancara media hari ini (22 Ogos),
Menurutnya, peralihan dan perubahan dalam situasi sosial dalam masyarakat dan pemansuhan Seksyen 377A tidak mengubah dasar-dasar yang mengutamakan institusi keluarga tradisional negara ini.
Beliau menarik perhatian kepada komitmen Pemerintah mengukuhkan institusi keluarga dan melindungi takrif perkahwinan yang termaktub dalam Akta Terjemahan dan Piagam Wanita dan juga Akta Pentadbiran Hukum Islam (AMLA).
"Masyarakat juga sangat khuatir dengan dimansuhkan seksyen 377A. Ia boleh memberikan isyarat bahawa Pemerintah dan masyarakat sudah mula membolehkan perkahwinan antara lelaki dan antara dua perempuan dan sebagainya.
"Sebab itu Pemerintah akan memberikan isyarat juga bahawa semua undang-undang dan juga dasar tentang kekeluargaan dan perkahwinan bukan hanya dikekalkan tetapi akan diperkuatkan dalam perlembagaan kita," kata Encik Masagos yang juga merupakan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam.
Tambahnya, sudah terdapat usaha di peringkat masyarakat seperti program Bersamamu di bawah rangkaian M³ untuk membina keluarga yang utuh.
"Kita sebagai umat Islam harus membuat semua daya usaha untuk memperkuatkan institusi perkahwinan kita, mendidik anak-anak kita supaya mereka besar dengan pandangan yang sesuai dengan Islam, membina keluarga, menjaga anggota keluarga supaya mereka terus berpegang pada moral-moral yang diajar oleh agama kita.
"Dalam jangka masa yang lebih lama sedikit, kita perlu mewujudkan institusi-institusi supaya proses menangani cabaran-cabaran yang bakal wujud daripada perubahan tersebut harus diadakan di MUIS, di masjid, di kalangan asatizah kita dan juga para kaunselor kita," kata beliau.
Di samping itu, Encik Masagos juga menegaskan bahawa keinginan sesebuah masyarakat tidak semestinya dapat ditunaikan kerana ia membawa kesan kepada masyarakat lain.
"Apa yang berlaku di negara lain apabila masyarakat itu adalah masyarakat majmuk, satu golongan yang akan mengutarakan kehendak mereka secara agresif hinggakan membuatkan masyarakat atau golongan lain menolaknya secara agresif juga. Inilah yang memecahbelahkan masyarakat tersebut di negara-negara lain dan kita tidak mahu perkara ini berlaku di negara kita.
Justeru beliau berharap kumpulan-kumpulan berbeza dalam masyarakat akan berhemah dalam mengetengahkan pendirian masing-masing.
"Harapan saya bahawa golongan LGBT jangan lagi memberikan tekanan kepada golongan-golongan lain tentang kehendak mereka, begitu juga golongan agama tidak memberikan tekanan kepada golongan LGBT tentang kehendak dan keperluan mereka yang mungkin berbeza tetapi kita sebagai masyarakat yang majmuk harus ke depan, bersatu dan saling hormat menghormati satu sama lain."
Oleh itu, Encik Masagos berkata harus juga ada sifat tolak ansur, rahmah dan beradab antara satu sama lain.

Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.