Skip to main content

Singapura

Masyarakat SG boleh jangkakan lebih banyak pemeriksaan barah percuma

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 31 Jan 2026 07:49PM Dikemas Kini : 15 Feb 2026 11:10AM
SINGAPURA: Lebih banyak pemeriksaan percuma bagi penyakit barah akan ditawarkan kepada masyarakat.

Empat badan amal bagi penyakit barah di Singapura bergabung untuk menggandakan aktiviti jangkauan, mendorong pencegahan dan meningkatkan akses kepada sokongan di peringkat nasional.

Ini sedang jumlah kes barah di Singapura semakin meningkat, terutama bagi mereka di bawah 40 tahun.

Perikatan Jagaan Barah terdiri daripada empat badan bukan mencari untung (NGO) termasuk Persatuan Barah Singapura dan 365 Cancer Prevention Society.

Badan amal lain seperti Yayasan Barah Kanak-kanak, mungkin ikut serta pada masa hadapan.

Tujuannya untuk memanfaatkan kekuatan satu sama lain dan meningkatkan jangkauan melalui acara seperti Screen Fest di Admiralty, yang turut dihadiri Presiden Tharman Shanmugaratnam.

Terdapat pemeriksaan barah payudara dan ceramah pakar penjagaan kesihatan.

Tinjauan Kesihatan Kebangsaan 2024 menunjukkan, hanya 35 hingga 45 peratus penduduk Singapura yang layak, terlibat dalam menjalani pemeriksaan berkala untuk barah.
Sumber : CNA/AA/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita