Skip to main content

Singapura

Masyarakat perlu pupuk sifat keprihatinan bersama untuk hadapi dunia tidak menentu: SM Lee

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 14 Sep 2025 07:33PM Dikemas Kini : 14 Sep 2025 11:32PM
SINGAPURA: Menteri Kanan Lee Hsien Loong berkata membina masyarakat yang kukuh serta memupuk keprihatinan bersama adalah penting sedang Singapura menghadapi dunia yang tidak menentu.

Beliau berkata demikian sempena ulang tahun ke-10 Kelab Masyarakat Ci Yuan.

Encik Lee berkata: "Kerja masyarakat, akar umbi, individu, persefahaman dan keprihatinan bersama serta saling membantu. Sama ada sokongan ComCare, program Kembali ke Sekolah, program beg sekolah - perkara yang boleh kita lakukan untuk lebih membantu satu sama lain supaya tiada sesiapa yang bersendirian, supaya semua rasa bersama."

Para penduduk Ang Mo Kio dan Hougang berjaya mengumpul sekitar S$3,700 bagi menyediakan kelengkapan untuk lebih 60 kanak-kanak kurang bernasib baik.

Seorang lagi Anggota Parlimen GRC Ang Mo Kio, Daryl David berkata pusat-pusat masyarakat boleh membantu usaha membanteras radikalisme dengan menganjurkan acara rentas kaum.

Ini sedang kes menjadi radikal sendiri semakin meningkat di Singapura.
 
Sumber : CNA/IQ/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita