Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masyarakat Melayu/Islam tempatan papar "Semangat Singapura", kata Lawrence Wong

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Mar 2022 10:04PM Dikemas Kini : 25 Mar 2022 10:37PM

SINGAPURA: Muafakat membawa berkat.

Demikianlah semangat yang disemarakkan di Wisma Geylang Serai dalam mengharungi pandemik, kata Menteri Kewangan Lawrence Wong dalam ucapannya hari ini (25 Mac).

Menurut Encik Wong, masyarakat Melayu/Islam tempatan menunjukkan "Semangat Singapura" yang menyerlah kerana membuat penyesuaian pada masa-masa sukar.

Dalam menghargai peluang untuk mengunjungi bazar bersama keluarga dan sahabat handai, Encik Wong mengingatkan orang ramai agar terus mematuhi langkah-langkah pengurusan selamat.

"Sudah dua tahun, kita semua memerangi wabak ini Masyarakat Melayu-Islam khususnya telah mematuhi langkah-langkah yang ditetapkan. Terima kasih atas kerjasama anda.
Kita telah mencapai hasil yang baik seperti - ramai orang sudah divaksin dan dilindungi. Kita sekarang berada di kedudukan yang lebih baik untuk melonggarkan langkah-langkah pengurusan selamat. Sebab itulah, Raya tahun ini, istimewa. Selagi kita terus bekerjasama dan mengamalkan semangat gotong-royong, kita akan menjadi lebih baik, sebagai satu masyarakat dan satu negara," ujar Encik Wong.

Sumber : Agensi berita/ZM/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan