Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masyarakat Melayu/Islam SG pantas sesuaikan diri harungi pandemik, kata Zaqy Mohamad

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Mar 2023 07:48PM Dikemas Kini : 21 Mar 2023 10:14PM
SINGAPURA: Menteri Negara Kanan Pertahanan merangkap Tenaga Manusia Encik Zaqy Mohamad memuji masyarakat Melayu/Islam Singapura yang tangkas menyesuaikan diri dalam perjuangan menentang COVID-19.

Encik Zaqy menyifatkan tempoh pemutus rantaian jangkitan tiga tahun lalu sebagai masa yang mencabar bagi masyarakat kerana tidak dapat meneruskan amalan keagamaan seperti solat jemaah dan kegiatan lain di masjid.

Beliau kemudian memberi contoh bagaimana masyarakat Melayu/Islam melakukan penyesuaian dengan memanfaatkan teknologi untuk mengekalkan tradisi.

Antaranya adalah menyampaikan ucapan Hari Raya secara online sesama ahli keluarga.

Beliau juga memuji para pemimpin agama Islam di Singapura yang disifatkan sebagai bijak dalam menilai risiko kesihatan meskipun perlu membuat keputusan sukar.

Lantaran itu, Encik Zaqy percaya pengalaman masyarakat Melayu/Islam dalam mengharungi pandemik COVID-19 telah membina daya tahan untuk menghadapi cabaran-cabaran lain di masa depan.

"Tiga tahun yang lalu kita menjalankan ibadah puasa dalam tempoh pemutus rangkaian 'circuit breaker'. Sejak itu banyak yang telah kita harungi bersama dan sedang kita kembali seperti sediakala, saya berharap kita terus melestarikan semangat gotong royong yang telah dijalinkan semasa pandemik agar dapat membina Singapura yang lebih bersatu padu dan berdaya tahan," ujar Encik Zaqy.
Sumber : BERITA Mediacorp/IA/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan