Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masyarakat Melayu/Islam perlu pupuk sikap kekitaan, bangkitkan isu relevan dengan mereka, kata Dr Maliki

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Mar 2023 07:06PM Dikemas Kini : 09 Mar 2023 09:32PM
SINGAPURA: Menteri Kedua Pendidikan merangkap Ehwal Luar, Dr Mohd Maliki Osman, menggesa masyarakat Melayu/Islam agar memupuk sikap kekitaan dan menyuarakan isu-isu yang relevan dengan mereka.

Beliau berkata demikian di satu sesi dialog Melakar Hala Tuju SG bersama para pemimpin belia masyarakat Melayu/Islam pada Rabu (8 Mac).

Beberapa isu turut disentuh semasa perbincangan itu, yang bertujuan untuk memperbaharui kompak sosial negara.

Antaranya adalah cabaran utama mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan bagaimana masyarakat Melayu/Islam boleh menyumbang kepada inisiatif membangunkan negara.

Memandang ke hadapan, Dr Maliki berkata pemerintah juga akan memainkan peranan semasa membangunkan dasar-dasar negara.

"Dasar-dasar bertujuan membantu rakyat Singapura secara amnya tetapi ada dasar mungkin diperlukan bagi menumpukan perhatian kepada masyarakat yang mempunyai keperluan berbeza-beza. Kami berharap dengan maklum balas dan saranan yang diberikan, kami boleh bekerjasama dengan pemerintah untuk meneroka bagaimana yang terbaik untuk menyokong masyarakat Melayu/Islam untuk maju ke hadapan bersama masyarakat yang lain," kata Dr Maliki.

Setiausaha Parlimen Kanan Kesihatan merangkap Undang-undang Rahayu Mahzam pula menarik perhatian bahawa anak-anak muda membentuk sebilangan besar peserta sesi tersebut.

"Ini adalah sesuatu yang menggalakkan. Saya harap sesi sebegini memberikan mereka peluang untuk memberikan idea dan juga mendengar pandangan diberikan daripada pelbagai pihak, menggalakkan mereka juga untuk mengambil bahagian dalam usaha kita bersama untuk membina penyelesaian terbaik untuk masyarakat kita," ujar Cik Rahayu.
Sumber : CNA/RU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan