Skip to main content

Singapura

Masyarakat Melayu/Islam perlu lihat AI sebagai peluang, bukan ancaman, kata Sharael Taha

Anggota Parlimen Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Pasir Ris-Changi Sharael Taha mengajak masyarakat Melayu/Islam supaya tidak melihat kecerdasan buatan (AI) sebagai ancaman semata-mata, tetapi peluang untuk maju.

Anggaran Waktu Membaca:
Masyarakat Melayu/Islam perlu lihat AI sebagai peluang, bukan ancaman, kata Sharael Taha

Anggota Parlimen Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Pasir Ris-Changi Sharael Taha menggesa masyarakat Melayu/Islam supaya meyahut cabaran dan peluang yang dibawa kecerdasan buatan (AI). (Gambar: Mediacorp)

SINGAPURA: Anggota Parlimen Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Pasir Ris-Changi Sharael Taha mengajak masyarakat Melayu/Islam supaya tidak melihat kecerdasan buatan (AI) sebagai ancaman semata-mata, tetapi peluang untuk maju.

Beliau membuat gesaan tersebut di parlimen pada Rabu (6 Mei).

Dengan latihan peningkatan kemahiran melalui pelbagai program masyarakat dan sokongan, lebih ramai orang boleh menyesuaikan diri dengan perubahan yang di bawa AI.

Encik Sharael malah menekankan betapa AI juga boleh memainkan peranan dalam memelihara budaya.

"Kebimbangan bahawa AI boleh mengurangkan penghayatan terhadap bahasa dan budaya Melayu dan juga kemahiran yang lain adalah sesuatu yang wajar jika digunakan tanpa memahami asas dan batasnya.

"Namun, jika dimanfaat dengan baik, ia juga boleh membantu memelihara warisan kita. Ia juga boleh membantu mendigitalkan manuskrip jawi lama, menghasilkan rekaan batik berinspirasi motif tradisional Melayu serta memudahkan pembelajaran dan terjemahan bahasa Melayu," kata Encik Sharael.

Tambahnya lagi, filem Melayu klasik juga boleh dipelihara untuk generasi akan datang.

"Teknologi tidak seharusnya menghakis jati diri kita jika dimanfaat dengan bijak," kata Encik Sharael.
Sumber : CNA/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita