Masyarakat Melayu/Islam boleh terus maju dengan ‘Melangkah bersama, Merangkai jalinan dan Merentas sempadan’: Masagos
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Masyarakat Melayu/Islam boleh terus mencatat kemajuan dengan ‘melangkah bersama, merangkai jalinan dan merentas sempadan’.
Tiga perkara itu digariskan Menteri bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli dalam ucapannya di Majlis Hari Raya bersama Menteri di Pan Pacific Singapore pada Jumaat (4 Apr).
Encik Masagos berkata usaha ke arah Masyarakat Gemilang perlu diteruskan setelah meraikan pencapaian dan impak hasil usaha M³ sempena ulang tahunnya yang kelima tahun lalu.
Tahun lepas, 11 M³@Bandar sudah menjalankan lebih 160 usaha masyarakat yang memberi manfaat kepada lebih 65,000 penduduk.
"Pertama, kita perlu 'Melangkah Bersama' sebagai masyarakat yang bersatu padu untuk mencapai cita-cita yang kita idam-idamkan. Kedua, kita harus 'Merangkai Jalinan' dengan membina kepercayaan dan persefahaman bersama masyarakat berbilang bangsa dan agama, demi membangunkan sebuah masyarakat Singapura yang kukuh dan berdaya tahan. Akhir sekali, kita mesti 'Merentas Sempadan' dengan merancang masa depan, berani mencabar batasan serta giat meneroka peluang-peluang baru," kata Encik Masagos.
Menerusi cara 'Melangkah Bersama', beliau berkata masyarakat sudah menyumbang untuk memperkasa satu sama lain.
"Sebagai contoh, masyarakat sudah mengumpul S$40 juta setiap tahun untuk dana pembangunan masjid dan MENDAKI dengan tambahan S$70 juta dalam Zakat. Dengan perpaduan dan sikap murah hati masyarakat, kami sudah mengumpulkan S$100 juta setiap tahun daripada masyarakat kecil kami dengan seramai 650,000 orang," kongsi Encik Masagos.
Usaha itu juga boleh diperkukuhkan lagi dengan semangat gotong-royong dan saling memahami melalui tema 'Merangkai Jalinan'.
Melalui cara ini, masyarakat berusaha untuk mengeratkan hubungan dengan masyarakat daripada kaum dan agama lain.
Ini menurut Encik Masagos penting untuk menyumbangkepada pembangunan masyarakat yang kukuh dan berdaya tahan di Singapura.
"Hari ini, memupuk keharmonian kaum dan agama sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita di Singapura. Contoh di mana pemimpin pelbagai masyarakat berada di sini malam ini adalah bukti kita komited untuk kehidupan yang harmoni.
"Kami sudah mengatasi pelbagai cabaran selama bertahun-tahun dan sudah bangkit lebih kuat
berbanding sebelum ini, seperti pandemik COVID-19. Inilah bagaimana kami akan hadapi cabaran esok, bersatu dan bersama," kata Encik Masagos.
'WAKAF ROUNDTABLE' AKAN DIANJURKAN
Beliau juga menerangkan bagaimana masyarakat boleh Merentas Sempadan sebagai satu masyarakat dengan tiga cara iaitu merentas zaman, merentas jauh, dan merentas jarak.
"Sempadan pertama yang kita harus rentas adalah sempadan masa atau zaman. Sedang masyarakat kita terus berkembang, kita harus cuba merentas apa juga sempadan atau batasan dan memikirkan keperluan kita sekarang dan jangka panjang.
"Ini supaya institusi keagamaan kita seperti masjid dan madrasah berkekalan dan mampan. Atas dasar ini kami wujudkan Wakaf Masyarakat Singapura (WMS)," kongsi Encik Masagos.

Semangat itu juga dipaparkan para pegawai SCDF yang dikerahkan ke Myanmar untuk membantu mangsa-mangsa gempa bumi serta kutipan derma yang dianjurkan oleh RLAF untuk disalurkan kepada dana Palang Merah Singapura untuk mangsa di Myanmar.
DETIK PENTING 5 TAHUN AKAN DATANG BAGI MASYARAKAT MELAYU/ISLAM SG
Encik Masagos juga berkongsi bahawa panel penasihat Kolej Pengajian Islam Singapura (SCIS) akan bersidang untuk pertama kali di Singapura dengan pemimpin dari pelbagai institusi dan universiti berbincang tentang trend global dan kesannya kepada isu agama kontemporari.
Ini menjelang pembukaan SCIS yang akan mula menerima kohort pertamanya pada 2028 yang merupakan antara detik penting bagi masyarakat Melayu/Islam dalam lima tahun mendatang.
Pada 2026, MUIS akan menjadi tuan rumah bagi Persidangan Antarabangsa mengenai Masyarakat Gemilang (ICCOS).
Ini akan membuka peluang untuk meluaskan perbincangan mengenai inisiatif minoriti Islam di Singapura, Kemboja, Filipina dan Thailand.
Menjelang 2027, projek pembangunan semula Kampong Gelam selesai dengan pembukaan Taman Warisan Melayu (MHC). Kerja-kerja naik taraf (penyempurnaan dan pemulihan) Masjid Sultan juga akan selesai dijalankan.
Pada 2029 pula, Tanjong Katong Complex (TKC) akan dibuka semula, menjadi ikon Jalur Budaya Geylang Serai.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.