Skip to main content

Singapura

Masyarakat Marsiling sumbang S$58,000 bagi bantuan kemanusiaan Gaza

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Yayasan Masyarakat PAP, Pertubuhan Akar Umbi (GRO), penduduk, peniaga serta para pemimpin masyarakat di Marsiling menyumbang sebanyak S$58,000.10 bagi bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza yang dikendalikan oleh Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF).

Penasihat pertubuhan akar umbi GRC Marsiling-Yew Tee, Zaqy Mohamad menyerahkan cek sumbangan itu kepada wakil RLAF pada Rabu (15 Nov).

Kempen mengumpul dana itu diadakan dari 2 hingga 17 Nov 2023.
 
Related article image
Gambar: Pejabat Kawasan Undi Marsiling
Jumlah yang dikumpulkan itu adalah lebih seganda jumlah sasaran awalnya iaitu sebanyak S$25,000.

Menurut pihak penganjur, usaha kolektif masyarakat di Marsiling dalam menjayakan usaha murni itu menunjukkan semangat perpaduan dalam menangani krisis kemanusiaan.

“Sungguh menyayat hati melihat krisis berterusan di Gaza. Apabila saya mendengar tentang bantuan kemanusiaan yang dianjurkan di Marsiling, saya mengumpulkan semua rakan di kejiranan saya untuk mengumpul dana untuk menyumbang kepada penduduk Gaza.

"Kami boleh membuat sumbangan kecil secara sendirian namun boleh melakukan lebih banyak lagi sebagai sebuah masyarakat," kata ketua akar umbi Marsiling, Cik Rahidah Mohd Noor.

Encik Zaqy yang merupakan Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia merakamkan penghargaannya kepada semua pihak yang terlibat.

“Kami amat terharu dengan kemurahan hati penduduk kami dan sokongan daripada Yayasan Masyarakat PAP dan Marsiling GROs” kongsi beliau.

Semua sumbangan yang diterima akan disalurkan melalui RLAF dan Agensi PBB bagi Pelarian Palestin (UNRWA).

Ia akan digunakan untuk menyediakan bantuan termasuk makanan, bekalan perubatan dan tempat tinggal kepada mereka yang terjejas oleh krisis Gaza.
Sumber : BERITA Mediacorp/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita