Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masyarakat LGBTQ tidak mungkin 'tuntut perkahwinan sesama jantina atau takrif semula keluarga' jika 377A dimansuhkan

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seandainya dimansuhkan undang-undang yang menjadikan hubungan seks antara lelaki satu jenayah keutamaan segera kumpulan LGBTQ (lesbian, gay, biseksual, transgender dan queer), tidak berkemungkinan untuk menuntut perkahwinan sesama jantina atau mentakrif semula keluarga, menurut Oogachaga, badan sokongan bagi golongan itu pada Isnin (1 Ogos).

"Bagi Oogachaga dan mengikut pengetahuan kami, mereka dalam masyarakat LGBTQ, tidak ada rancangan segera untuk mencabar undang-undang untuk mentakrif semula perkahwinan kerana buat masa ini, ia di bawah Piagam Wanita, kata pengarah eksekutif, Leow Yangfa.

Beliau menjawab pertanyaan Mediacorp selepas Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, K Shanmugam berkata pada Sabtu (30 Jul) bahawa pemerintah sedang meneroka cara-cara bagaimana ia boleh melindungi kedudukan undang-undang sekarang mengenai perkahwinan iaitu antara seorang lelaki dan wanita - sedang pemerintah menimbangkan langkah lanjut bagi Kanun Keseksaan Seksyen 377A
Menurut Encik Leow "apabila 377A dimansuhkan", masyarakat keutamaan golongan LGBTQ sebaliknya ialah memberi sokongan kepada anggota LGBTQ Singapura.

"Mengenai status perkahwinan, kami masih belum pasti bagaimana Pemerintah boleh 'melindungi kedudukan undang-undang perkahwinan buat masa ini' daripada dicabar di mahkamah," kata beliau.
Pink Dot SG, pergerakan yang menyokong acara tahunan LGBTQ menyatakan pihaknya sedar meskipun sikap orang ramai semakin berubah, masyarakat masih belum lagi mencapai kata sepakat berhubung perkahwinan dan keluarga.
 
Pada Isnin (1 Ogos), (Alliance of Pentecostal and Charismatic Churches of Singapore (APCCS) memberitahu Mediacorp bahawa mereka "mengesahkan peri perlunya mengimbangi pandangan yang berbeza dalam masyarakat untuk elak daripada menjejas kestabilan norma-norma sosial.

"Kami menyokong pandangan bahawa unit keluarga terdiri daripada penyatuan seorang lelaki dan wanita dan layak menerima sokongan institusi," menurut APCCS.

Meskipun ia bersetuju bahawa individu LGBTQ harus bebas menjalani kehidupan tanpa bimbang diganggu, ia juga menyokong Seksyen 377A dikekalkan "sehingga dan melainkan perlindungan dan dasar yang mencukupi dilaksanakan di semua kementerian yang terjejas".

Ketua Roman Katolik Singapura (TRCAS) pada Ahad (31 Jul) berkata pihaknya bersetuju bahawa perkahwinan harus berlaku antara seorang lelaki dan wanita seandainya 377A dimansuhkan.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan