Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masyarakat hargai kepimpinan, sikap belas ihsan Mufti Negara Dr Nazirudin Nasir

Masyarakat am Singapura melahirkan penghargaan atas kepimpinan dan sikap belas ihsan yang ditonjolkan Mufti Negara Dr Nazirudin Nasir kepada anggota masyarakat berlainan agama.

Anggaran Waktu Membaca:
Masyarakat hargai kepimpinan, sikap belas ihsan Mufti Negara Dr Nazirudin Nasir

Mufti Negara, Ustaz Dr Nazirudin Nasir. (Gambar: Ummu Rabbisyfina/BERITAmediacorp)

SINGAPURA: Masyarakat am Singapura melahirkan penghargaan atas kepimpinan dan sikap belas ihsan yang ditonjolkan Mufti Negara Dr Nazirudin Nasir kepada anggota masyarakat berlainan agama.

Ini lebih-lebih lagi beliau seorang Mufti muda yang baru sahaja mengambil alih jawatan itu daripada mantan Mufti Negara Dr Mohamed Fatris Bakaram pada 1 Mac lalu.

Dr Nazirudin semalam melahirkan rasa dukacita atas kes kematian pertama COVID-19 di Singapura.

Dua pesakit - seorang wanita rakyat tempatan berusia 75 tahun dan seorang lelaki warga Indonesia berusia 64 tahun - meninggal dunia setelah mengalami komplikasi semalam (21 Mac) disebabkan jangkitan COVID-19.

Wanita berkenaan, yang diketahui sebagai kes 90 menghidap penyakit jantung yang kronik dan darah tinggi. Beliau, yang merupakan anggota Gereja Life Church and Missions Singapore, dijangkiti menerusi kelompok di gereja tersebut.

Pesakit kedua, yang diketahui sebagai kes 212, adalah seorang lelaki Indonesia yang menghidap penyakit jantung.

Menyusuli berita kematian dua individu itu, Dr Nazirudin berdoa agar para anggota keluarga mangsa serta para pegawai penjagaan kesihatan terus tabah dan kuatkan semangat.

Beliau turut mengucapkan takziah kepada pemimpin Gereja Life Church and Missions Singapore.

"Sebagai para pemimpin agama, kami bersatu-padu dalam memberi panduan kepada masyarakat masing-masing untuk menjalankanuibadah secara selamat dan bertanggungjawab. Ini termasuk memastikan kita mengambil setiap langkah waspada sewajarnya, seperti mengekalkan jarak selamat demi melindungi para jemaah atau pengikut, keluarga dan masyarakat secara meluas."

"Semoga Tuhan menguatkan semangat kita dan menganugerahkan kita kearifan dalam membimbing masyarakat sehingga selamat," kata Dr Nazirudin menerusi catatan di laman Facebook MUIS.

Menerusi pemerhatian BERITAmediacorp, catatan Dr Nazirudin itu menerima pujian daripada masyarakat - baik Melayu/Islam mahupun yang bukan Islam.

Petikan gambar dari Facebook MUIS.


Petikan gambar dari Facebook MUIS.

Petikan gambar dari Facebook MUIS.

Warga siber malah bersimpati dengan Dr Nazirudin yang terpaksa menggalas tugas berat memberikan panduan agama kepada masyarakat Islam sejurus menyandang tanggungjawab itu.

"Kesian Tuan Mufti kita. Baru saja ambil alih jawatan Mufti dah kene hadapi COVID-19.sabar ye," kata Abdul Haniff.

Mohamed Bin Yusoff pula berkata "Bukan mudah nak jadi pemimpin,tuan! Sama-sama kita berdoa agar tuan Mufti kita di beri ketabahan untuk menghadapi rintangan ini."

Petikan gambar dari Facebook BERITAmediacorp.

Petikan gambar dari Facebook BERITAmediacorp.

"Mufti baru Singapura terbaik," kata Sri Maya.

Petikan gambar dari Facebook BERITAmediacorp.

Petikan gambar dari Facebook BERITAmediacorp.

Pastinya, belum sebulan Dr Nazirudin memikul tanggungjawab sebagai Mufti Negara, beliau sudah menunjukkan kewibawaan dan kepimpinan yang utuh untuk memandu masyarakat Islam setempat mengharungi pelbagai isu-isu, tradisional dan kontemporari. 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : BERITA Mediacorp/nk

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa