Masyarakat derma lebih S$78,000 bagi pemberian hongbao Tahun Baru Cina
Lebih 1,800 warga senja berhimpun di Chong Pang hari ini (2 Feb) dalam acara tahunan pemberian hongbao Tahun Baru Cina.
SINGAPURA: Lebih 1,800 warga senja berhimpun di Chong Pang hari ini (2 Feb) dalam acara tahunan pemberian hongbao Tahun Baru Cina.
Tahun ini, lebih 20 peratus lebih ramai warga senja menghadiri acara tersebut berbanding tahun-tahun lalu. Mereka dihiburkan dengan pelbagai persembahan berbilang budaya semasa acara itu.
Para warga senja itu juga menerima hongbao dari Menteri Undang-undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam, yang juga Anggota Parlimen Nee Soon.
Wang hongbao berjumlah $78,000 itu dikumpulkan oleh jawatankuasa penganjur dari derma-derma awam dan merupakan jumlah lebih tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Setiap hongbao itu mengandungi wang tunai antara S$40 hingga S$200 berdasarkan usia warga senja itu, dan sama ada mereka menerima bantuan awam atau tidak.
Selain hongbao, bekalan makanan dan beg-beg turut diagihkan semasa acara tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.