Skip to main content

Singapura

Masyarakat Cina SG ada peranan kepimpinan perkukuh fabrik sosial: SM Lee

Anggaran Waktu Membaca:
Masyarakat Cina SG ada peranan kepimpinan perkukuh fabrik sosial: SM Lee

(Gambar: MDDI)

Diterbitkan : 31 Jan 2025 07:01PM Dikemas Kini : 31 Jan 2025 07:02PM
SINGAPURA: Menteri Kanan Lee Hsien Loong menggesa masyarakat Cina supaya bekerjasama dengan pemerintah, untuk memperkukuhkan fabrik sosial.

Berucap di jamuan musim bunga Pusat Budaya Cina Singapura (SCCC) pada Jumaat (31 Jan), beliau berkata masyarakat Cina memainkan peranan penting dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini.

"Sama ada 'titik merah ini' dapat terus menyinar selama 60 tahun akan datang, ia bergantung kepada sama ada rakyat Singapura dapat terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan dan maju bersama.

"Saya menggesa masyarakat Cina supaya terus memainkan peranan kepimpinan dan bekerjasama dengan Pemerintah bagi memperkukuhkan fabrik berbilang kaum dan perpaduan sosial di negara ini," kata SM Lee.

SM Lee menambah, peranan persatuan-persatuan suku kaum sudah berubah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Dahulu, ia membantu para pendatang baharu menyesuaikan diri di Singapura dan memupuk rasa kekitaan.

Walaupun persatuan-persatuan suku kaum masih memainkan peranan itu, SM Lee berkata usaha mereka sahaja tidak mencukupi.

Lantaran itu, rakyat Singapura perlu terus bersikap terbuka, sedang pendatang baharu mesti juga berusaha untuk menyesuaikan diri dengan masyarakat tempatan.
Sumber : CNA/DY/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita