Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masyarakat boleh lakukan lebih banyak untuk perkasa golongan kurang upaya, kata Presiden Halimah

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Oct 2022 08:05PM Dikemas Kini : 29 Oct 2022 11:20PM

SINGAPURA: Singapura perlu melakukan lebih banyak lagi sebagai sebuah masyarakat bagi meningkatkan serta memperkasa golongan kurang upaya, kata Presiden Halimah Yacob.

Mereka boleh membantu dengan pelbagai cara -  dari menyumbangkan masa selaku sukarelawan atau meningkatkan kesedaran.

Puan Halimah turut menggesa lebih ramai majikan agar mengamalkan pengambilan pekerja secara inklusif dan memperkasakan golongan sedemikian supaya dapat hidup dengan lebih terhormat.

Presiden Halimah berkata demikian dalam catatan Facebook selepas menerima kunjungan daripada para anggota Persatuan Penyakit Motor Neuron Singapura serta para penjaga mereka pada Sabtu (29 Okt). Mereka diberikan lawatan berpandu di keliling Taman Inklusif Istana.  

Tambah Puan Halimah, kunjungan tersebut memberikan peluang kepada beliau untuk lebih memahami penyakit yang sangat jarang berlaku itu.

Penyakit Motor Neuron menjejas fungsi otak dan saraf, menyebabkan si pesakit menjadi semakin lemah dengan peredaran masa.

Puan Halimah gembira persatuan tersebut bukan saja memberikan sokongan kepada para pesakit Motor Neuron tetapi juga menjadi wadah bagi maklumat dan perkongsian pengalaman dalam kalangan penjaga mereka.

Sumber : CNA/IQ/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan