Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masuk ke Sentosa secara percuma dari 14 Mac hingga hujung Jun

Para pengunjung akan dapat memasuki Sentosa secara percuma dari 14 Mac sehingga penghujung Jun, sebagai sebahagian daripada langkah sokongan baru bagi perniagaan di pulau peranginan itu, ditengah-tengah penularan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Masuk ke Sentosa secara percuma dari 14 Mac hingga hujung Jun
Diterbitkan : 11 Mar 2020 11:29PM Dikemas Kini : 11 Mar 2020 11:32PM

SINGAPURA: Para pengunjung akan dapat memasuki Sentosa secara percuma dari 14 Mac sehingga penghujung Jun, sebagai sebahagian daripada langkah sokongan baru bagi perniagaan di pulau peranginan itu, ditengah-tengah penularan COVID-19.

Ini selain mengecualikan yuran masuk bagi kesemua pengunjung semasa cuti sekolah Mac, menurut Sentosa Development Corporation (SDC) pada Rabu (11 Mac).

Selain daripada membenarkan mereka yang memandu ke Sentosa atau menggunakan khidmat monorel di VivoCity untuk masuk secara percuma, SDC juga akan mengetepikan yuran pengangkutan bagi bas ulang-alik di Hab Tampines Kita dari 14 Mac hingga 30 Jun.

SDC pada Rabu juga mengumumkan penangguhan bayaran sewa bagi perniagaan yang beroperasi di pulau peranginan itu, setelah menimbangkan maklum balas berhubung pandangan perniagaan.

Ia menyatakan bahawa ia akan menangguh 50 peratus bayaran sewa "mengikut keadaan" bagi pengendali perniagaan selama tiga bulan mendatang.

Bayaran sewa yang ditangguh itu boleh dibayar secara ansuran secara bebas faedah selama 12 bulan, tambah SDC dalam satu kenyataan media.

Buat masa kini, perniagaan di Sentosa sudah pun memanfaatkan pelepasan bayaran sewa, rebat cukai hartanah dan akses kepada satu pinjaman di bawah Pakej Penstabilan dan Bantuan bernilai S$4 bilion, yang diumumkan pada Belanjawan 2020.

Menurut SDC, jumlah pengunjung ke Sentosa dan penjualan merosot dari 20 peratus kepada 50 peratus sejak awal Februari.

Ia juga sedang mempergiatkan usaha promosi dengan sebuah program baru Stay and Play, yang menampilkan pelbagai promosi dan tawaran seperti pakej hotel dan daya tarikan pada bulan Mac.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan