Skip to main content

Singapura

MasterChef Singapore kembali buat musim ke-4 pada 9 Ogos; juara bakal bawa pulang $10,000

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Bagi para penonton yang menyaksikan Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) dari rumah, pastikan anda terus menonton saluran 5 selepas upacara itu berakhir pada 9 Ogos nanti.

Masterchef Singapore kembali untuk musim keempat sejurus selepas sambutan NDP, pada 8.30 malam di Saluran 5 dan MeWatch.

Namun, musim kali ini akan ada sedikit kelainan.

Seperti rancangan The Voice, kesemua 18 peserta akan dibahagikan kepada tiga kumpulan yang akan diketuai oleh seorang juri.

Tumpuan akan beralih kepada perjuangan individu apabila persaingan menjadi lebih sengit.

Diketuai oleh cef Audra Morrice, Bjorn Shen dan Damian D'Silva, para peserta musim ini terdiri daripada pelbagai latar belakang:

- Amanda Chia, 23,peguam pelatih
- Aameer Ailmchandani, 24, pembancuh rempah
- Aretha Law, 24, jurutera
- Aizat Haikal Saini, 33, bekas pramugara
- Esther Aw, 53, suri rumah
- Dheive Uthaman, 25, pemasar digital
- Divya Tolath, 31, pengarah akaun
- Inderpal Singh, 33, pemilik perniagaan dari rumah
- Jacky Tan, 41, konsultan pemasaran
- Tham Jun Gui, 33, pemilik perniagaan dari rumah
- Jonathan Ng, 37, broker kapal
- Louise Yuan, 43, pemilik perniagaan makanan
- Mandy Kee, 41, pengurus perniagaan
- Reuben Wong, 30, bekas ahli farmasi
- Saza Faradilla, 27, pengurus kehidupan pelajar
- Sharmaine Toh, 25, perancang bandar
- Tina Amin, 42, pegawai pentadbiran
- Lin Zi Xuan, 18, pelajar

Pemenangnya akan membawa pulang wang tunai $10,000 dan hadiah-hadiah lain.

Cik Angeline Poh, Ketua Pegawai Pembangunan Pelanggan dan Korporat, Mediacorp berkata: "Kami sangat teruja untuk membuka pintu kepada dapur MasterChef pada Hari Kebangsaan ini, dalam sambutan yang tepat pada masanya bagi meraikan kecintaan rakyat Singapura kepada makanan."

Episod-episod selanjutnya akan ditayangkan mulai 13 Ogos pada setiap Ahad, 9.30 malam. Kesemua episod boleh disaksikan di mewatch dan saluran YouTube Mediacorp pada malam yang sama.
Sumber : CNA/AT/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita