Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masjid Yusof Ishak ditutup sementara setelah kes COVID-19 dikesan

Masjid Yusof Ishak ditutup sementara mulai waktu Zohor hari ini (7 Ogos) bagi menjalani kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman setelah kes positif COVID-19 dikesan mengunjungi masjid itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Masjid Yusof Ishak ditutup sementara setelah kes COVID-19 dikesan

Wajah baru Masjid Yusof Ishak. (Gambar fail: MUIS)

Diterbitkan : 07 Aug 2021 12:21PM Dikemas Kini : 07 Aug 2021 12:25PM

SINGAPURA: Masjid Yusof Ishak ditutup sementara mulai waktu Zohor hari ini (7 Ogos) bagi menjalani kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman setelah kes positif COVID-19 dikesan mengunjungi masjid itu.

Demikian menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dalam catatan di laman Facebooknya hari ini.

Masjid Yusof Ishak akan dibuka semula mulai waktu Zohor esok (8 Ogos).

Semua tempahan untuk solat berjemaah di masjid itu akan dibatalkan secara automatik, tambah MUIS.

Menurut MUIS, individu berkenaan mengunjungi Masjid Yusof Ishak sebanyak dua kali pada hari dan waktu berikut:

- 23 Julai: Dari pukul 12.46 tengah hari hingga pukul 1.31 tengah hari

- 30 Julai: Dari pukul 2.51 petang hingga pukul 3.30 petang

Ia juga mengingatkan para jemaah yang mengunjungi masjid itu pada waktu-waktu tersebut supaya segera berjumpa doktor jika mereka mengalami gejala-gejala jangkitan pernafasan akut - seperti batuk, sakit tekak dan selesema - ataupun demam serta hilang deria rasa mahupun bau.

Mereka juga dinasihatkan supaya memberitahu doktor tentang sejarah pendedahan mereka.

Individu boleh mengakses khidmat 'SafeEntry Location Matching Self-Check' (periksa sendiri padanan lokasi) melalui aplikasi TraceTogether, SingPass Mobile atau di laman https://wereyouthere.safeentry.gov.sg untuk memeriksa sama ada mereka berada di masjid itu pada waktu yang dinyatakan, berdasarkan rekod SafeEntry mereka sendiri. 

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan