Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masjid tidak anjur sebarang usaha kumpul derma buka puasa pada Ramadan: MUIS

Masjid-masjid di Singapura tidak melancarkan sebarang usaha mengumpul derma buka puasa bagi bulan Ramadan yang bakal menjelang ini.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Masjid-masjid di Singapura tidak melancarkan sebarang usaha mengumpul derma buka puasa bagi bulan Ramadan yang bakal menjelang ini.

Demikian menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) menerusi catatan di laman Facebooknya hari ini (23 Mac).

Menurut MUIS, ia maklum tentang satu mesej tular di Facebook dan juga WhatsApp oleh seorang individu yang mendakwa dia sedang mengumpul derma buka puasa bagi Masjid Alkaff Upper Serangoon.

MUIS turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila menerima mesej seumpama itu dan mengabaikan mesej tersebut.

"Muis juga ingin menggesa orang ramai supaya tidak sebarkan mesej tersebut dan berhati-hati sekiranya anda menerima mesej lain yang serupa," menurut MUIS.

Sebarang derma harus disalurkan secara langsung kepada pihak masjid atau menerusi laman https://www.ourmasjid.sg/.

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan