Masjid Sultan ditutup sementara setelah kes COVID-19 dikesan
Masjid Sultan akan ditutup sementara bagi kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman setelah satu kes positif COVID-19 didapati mengunjungi masjid itu.
BERITAmediacorp: Masjid Sultan akan ditutup sementara bagi kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman setelah satu kes positif COVID-19 didapati mengunjungi masjid itu.
Demikian menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dalam catatan di laman Facebooknya hari ini (28 Jul).
Masjid Sultan akan ditutup mulai waktu Zohor hari ini (28 Julai) hingga waktu Zohor esok (29 Julai).
Menurut Muis, individu itu mengunjungi Masjid Sultan pada 17 Julai antara pukul 3.00 petang hingga 3.40 petang.
Semua tempahan untuk solat berjemaah di masjid itu akan dibatalkan secara automatik.
Para jemaah yang mengunjungi masjid pada waktu itu turut dinasihatkan supaya memantau kesihatan mereka dan segera mendapatkan rawatan perubatan jika berasa kurang sihat, menurut Muis.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.