Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masjid Sultan buka semula dewan solat utama pada 7 Apr

Dewan solat utama Masjid Sultan akan dibuka semula kepada para jemaah bermula Rabu ini (7 Apr), menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) di laman Facebooknya hari ini.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Dewan solat utama Masjid Sultan akan dibuka semula kepada para jemaah bermula Rabu ini (7 Apr), menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) di laman Facebooknya hari ini.

Dengan pembukaan semula itu juga, solat lima waktu dan solat Jumaat akan kembali diadakan di dewan solat utama, masing-masing pada 7 April dan 9 April ini.

Lebih banyak zon juga akan ditawarkan kepada para jemaah.

Sebanyak tiga zon akan dibuka bagi solat lima waktu bermula dengan solat Subuh pada Rabu ini, manakala sebanyak empat zon akan mula ditawarkan bagi solat Jumaat minggu ini.

Pendaftaran bagi solat lima waktu dan slot tambahan bagi solat Jumaat di Masjid Sultan akan dibuka di https://ourmosques.commonspaces.sg atau aplikasi Muslim.sg bermula 9.00 malam ini (5 Apr).

Sebelum ini, Masjid Sultan menjalankan kerja-kerja penyenggaraan sejak 19 Disember lalu.

Kerja-kerja tersebut dijangka mengambil masa selama 15 minggu, iaitu seminggu sebelum Ramadan bermula.

Semasa kerja-kerja penyenggaraan itu dijalankan, para jemaah masih boleh melakukan solat lima waktu dan solat Jumaat di Bangunan Annexe.

Hanya satu zon sahaja yang disediakan bagi setiap sesi solat Jumaat sepanjang tempoh tersebut.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan