Masjid Petempatan Melayu Sembawang ditutup selepas dikunjungi 1 kes COVID-19
Masjid Petempatan Melayu Sembawang ditutup selepas dikunjungi 1 kes COVID-19.
SINGAPURA: Masjid Petempatan Melayu Sembawang ditutup selama dua hari, iaitu pada hari ini (27 Apr) dan esok (28 Apr) bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman.
Ini setelah seorang individu yang mengunjungi masjid itu disahkan positif COVID-19.
Menurut maklumat yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan (MOH) kepada Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), individu itu mengunjungi Masjid Petempatan Melayu Sembawang pada Jumaat (23 Apr) antara pukul 1.55 tengah hari dengan 2.22 petang.
Masjid itu akan dibuka semula pada Khamis (29 Apr) pada waktu solat Zuhur.
Semua pendaftaran bagi solat berjemaah akan dibatalkan secara automatik, termasuk tempahan untuk solat Tarawih, menurut MUIS di laman Facebooknya hari ini.
MUIS sedang membantu MOH dari segi pengesanan kontak.
Semua jemaah yang dikenal pasti sebagai kontak rapat individu berkenaan akan dihubungi bagi tindakan susulan.
"Ini adalah peringatan kepada kita tentang pentingnya langkah-langkah pengurusan selamat di masjid-masjid serta penggunaan TraceTogether untuk mengesan kontak dengan lebih pantas sekali gus membendung penularan COVID-19," menurut MUIS.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.