Skip to main content

Singapura

Masjid perlu main peranan lebih luas dalam pembangunan belia: Zaqy Mohamad

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 18 Oct 2026 05:25PM Dikemas Kini : 06 Nov 2026 03:35AM
Mosques need to play a broader role in youth development: Zaqy Mohamad
  • Masjid Bencoolen, founded by the Indian Muslim community in 1825, celebrated its 200th anniversary on Sunday, 18 October, with the launch of a book about its history and the contributions of earlier generations.
  • Acting Minister-in-charge of Muslim Affairs Zaqy Mohamad hopes the mosque will remain close to young people and serve as a space for guidance, networking and opportunities, while encouraging collaboration with Indian Muslim organisations, M³+ and the Muslim community.
  • The mosque runs character-building programmes, leadership camps and community activities. Its young people have also travelled to Lombok to learn about moderation and fundraising efforts, and it is hoped they will share their experiences with other mosques.
  • According to Masjid Bencoolen vice-chairman Mohamed Abdul Jaleel, the mosque now serves the needs of workers, students and urban businesspeople as well as families. Everyone was urged to preserve the spirit of togetherness and mutual support for future generations.
Dijana oleh AI

SINGAPURA: Masjid bukan sekadar tempat mendalami ilmu agama, tetapi perlu menjadi tempat generasi muda mendapat bimbingan, meluaskan rangkaian dan membuka peluang untuk melangkah lebih jauh.

Demikian yang diharapkan Pemangku Menteri Bertanggunjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Zaqy Mohamad, semasa berucap di majlis sambutan ulang tahun ke-200 Masjid Bencoolen pada Ahad (18 Okt).

"Saya berharap Masjid Bencoolen terus menjadi tempat yang dekat di hati masyarakat, khususnya anak-anak muda kita, walaupun zaman dan cabaran yang mereka hadapi telah berubah," kata Encik Zaqy.

Sehubungan itu, Encik Zaqy menggalakkan Masjid Bencoolen memperkukuh kerjasama dengan pertubuhan India Islam, M³+ dan masyarakat Islam yang lebih luas bagi membuka lebih banyak peluang kepada golongan muda.

Beliau turut berharap pertubuhan India Islam dan generasi mudanya terus berkongsi pengalaman, menyumbang idea serta memainkan peranan dalam memperkukuh masyarakat Islam Singapura.

Related article image
Pemangku Menteri Bertanggunjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Zaqy Mohamad. (Gambar: MUIS)

Ditubuhkan pada 1825 oleh masyarakat India Islam, Masjid Bencoolen bukan sahaja tempat ibadah, malah menjadi pusat kegiatan buat masyarakat selama dua abad.

Kini, usaha diteruskan untuk memastikan golongan muda bukan sahaja menghargai sejarah masjid itu, malah memainkan peranan aktif dalam meneruskan legasinya.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuk program pembangunan sahsiah, kem kepimpinan belia dan kegiatan kemasyarakatan.

Menurut guru agama dan penasihat belia di Masjid Bencoolen, Ustazah Almas Nihar, sekumpulan belia masjid itu baru-baru ini mengadakan lawatan ke Lombok, Indonesia, untuk mempelajari nilai kesederhanaan dan usaha mengumpul dana.

Ustazah Almas berharap pengalaman diraih oleh kumpulan tersebut dapat dikongsi bersama masjid-masjid lain di Singapura.

"Kami juga mahu berkongsi pengalaman ini dengan masjid-masjid lain serta mengeratkan hubungan antara masjid, tanpa mengira sama ada ia masjid masyarakat India Islam atau Melayu. Kami mahu bekerjasama dengan masjid-masjid lain untuk menganjurkan program-program belia," jelasnya.

Related article image
(Gambar: Aqil Ezat)

MASJID BENCOOLEN LANCAR BUKU KONGSI SEJARAH 200 TAHUN

Sempena ulang tahun ke-200, sebuah buku khas turut dilancarkan bagi mengisahkan sejarah perjalanan masjid tersebut.

Buku tersebut turut mengetengahkan sumbangan dan pengorbanan generasi terdahulu dalam membangunkan serta memelihara masjid itu, agar jasa mereka terus dikenang dan dihargai generasi akan datang.

Bagi Naib Pengerusi Masjid Bencoolen, Mohamed Abdul Jaleel S/O Muthumaricar Shaik Mohamed, masjid itu mempunyai makna yang cukup istimewa dalam kehidupannya.

Beliau tiba di Singapura dari Chennai, India ketika masih kecil, dan menjadikan masjid tersebut sebagai tempat yang penting buat dirinya serta keluarga.

Related article image
(Gambar: MUIS)

Setelah sekian lama terlibat dalam pengurusan masjid, Encik Abdul Jaleel manyaksikan sendiri pelbagai perubahan yang dilalui Masjid Bencoolen.

Menurutnya, jika dahulu masjid itu menjadi tempat keluarga berkumpul dan mengeratkan hubungan, kini ia turut menjadi tumpuan golongan pekerja, pelajar dan peniaga di kawasan bandar.

"Untuk generasi seterusnya, saya percaya masjid ini akan terus memenuhi keperluan mereka, khususnya kerana lokasinya yang strategik di kawasan bandar, dengan kemudahan seperti stesen MRT, sekolah dan pejabat yang terletak berdekatan," kata Encik Abdul Jaleel.

Perubahan itu mencerminkan bagaimana Masjid Bencoolen terus menyesuaikan peranannya mengikut keperluan masyarakat.

Semangat itu ditekankan Encik Zaqy menerusi sikap amanah, iaitu tanggungjawab satu generasi untuk terus memberi manfaat bagi generasi akan datang.

"Tanggungjawab kita bukan sekadar menjaga apa yang telah dibina, tetapi lebih daripada itu, memastikan bahawa kebersamaan dan sikap saling bantu-membantu yang menjadi kekuatan Masjid Bencoolen, terus hidup dalam masyarakat kita," tambah Encik Zaqy.

Sumber : BERITA Mediacorp/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita