Masjid An Nur, Masjid Yusof Ishak akan tawarkan khidmat Pos Kesihatan Masyarakat
Menteri Negara Kesihatan Rahayu Mahzam mengumumkan dua buah masjid tempatan akan menyediakan khidmat Pos Kesihatan Masyarakat.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menteri Negara Kesihatan Rahayu Mahzam mengumumkan dua buah masjid tempatan akan menyediakan khidmat Pos Kesihatan Masyarakat.
Menurut Cik Rahayu, ini sedang beberapa aspek kesihatan masyarakat Melayu/Islam perlu diperbaiki, termasuk isu mendapatkan pemeriksaan kesihatan.
"Pemeriksaan kesihatan penyakit kronik dalam kalangan penduduk Melayu menurun hampir 10 peratusan mata, daripada 64 peratus pada tahun 2019, kepada 55 peratus pada tahun 2024.
"Kadar pemeriksaan barah payudara telah jatuh daripada 29 peratus pada tahun 2019 kepada hanya 18 peratus pada tahun 2024.
"Oleh itu, saya dengan sukacitanya mengumumkan bahawa dua masjid di Woodlands iaitu Masjid An Nur dan Masjid Yusof Ishak, bakal bekerjasama dengan NHG Health untuk menyediakan perkhidmatan Pos Kesihatan Masyarakat (Community Health Post (CHP)) menjelang September 2026
"Pelbagai perkhidmatan, seperti nasihat kesihatan am, penilaian kesihatan asas, sokongan untuk gaya hidup sihat, pencegahan dan pengurusan penyakit, dan susulan selepas discaj, akan disediakan," kata Cik Rahayu.

Sumber : CNA/DY/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.