Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masjid An-Nur ditutup sehingga Khamis untuk dibersihkan susuli satu kes COVID-19

Masjid An-Nur ditutup bermula Rabu petang (22 Sep) hingga Khamis (23 Sep) untuk kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Masjid An-Nur ditutup bermula Rabu petang (22 Sep) hingga Khamis (23 Sep) untuk kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman.

Ini selepas seorang individu yang pergi ke masjid di Woodlands itu diuji positif bagi COVID-19.

Demikian menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dalam catatan Facebook pada hari ini (22 Sep).

Masjid An-Nur dijadual dibuka semula dari waktu Asar pada Khamis (23 Sep).

Sebagai langkah berjaga-jaga, jemaah yang telah mengunjungi masjid itu baru-baru ini dinasihatkan agar memantau kesihatan mereka dan segera mendapatkan rawatan perubatan jika kurang sihat.

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan