Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masjid-masjid setempat sambut 1 Muharram dengan kehadiran jemaah buat pertama kali sejak pandemik

Anggaran Waktu Membaca:
Masjid-masjid setempat sambut 1 Muharram dengan kehadiran jemaah buat pertama kali sejak pandemik

Sambutan Awal Muharram di Masjid An-Nur pada 29 Jul 2022. (Gambar: Hakim Irwan)

SINGAPURA: Buat kali pertama sejak pandemik COVID-19, masjid-masjid di serata Singapura menganjurkan majlis sambutan tahun baru Islam dengan kehadiran jemaah.

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli menerusi catatan di Facebook pada Jumaat (29 Jul) berkata beliau berasa bangga dengan masyarakat Melayu/Islam yang berjaya mengukuhkan ciri-ciri Masyarakat Gemilang.

"Kita menjadi lebih berdaya tahan, prihatin dan saling bantu-membantu. Walaupun kita masih dibelenggu pandemik ini, keadaan semakin baik secara beransur-ansur, Alhamdulillah," kata Encik Masagos.

Beliau juga melahirkan rasa gembira dan bersyukur bahawa masjid-masjid di Singapura kembali mengalu-alukan kehadiran jemaah bagi sesi bacaan doa akhir dan awal tahun.

Ini diikuti dengan solat Maghrib berjemaah untuk menyambut tahun baru Islam.

"Semoga tahun baru Hijrah menguatkan lagi azam dan kesungguhan kita untuk memperbaiki diri dan menyumbang kepada kemakmuran orang-orang di sekeliling kita demi kemaslahatan kita bersama," kata Encik Masagos lagi. 

Kesemua masjid setempat ditutup pada Mac hingga Jun 2020 akibat penularan COVID-19. 

Sejak itu, khidmat keagamaan dan kegiatan-kegiatan di masjid dibuka semula kepada jemaah secara bertahap-tahap.

Sumber : BERITA Mediacorp/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan