Masjid Malabar dibuka semula, warisan unik dipelihara
Masjid Malabar mula menjalani kerja-kerja naik taraf pada November 2020 sehingga Mac lalu.
BACA: Masjid Malabar selesai jalani kerja naik taraf, dibuka 10 Apr
Ruang yang dipertingkat membolehkannya menambah lagi 400 ruang solat bermakna sejumlah 1,000 orang boleh berjemaah pada satu-satu masa, termasuk jemaah wanita dengan lebih selesa.
"Saya gembira melihat warisan unik masjid ini berjaya dipelihara, terutama jubin biru Masjid Malabar yang merupakan antara mercu tanda terkenal di Victoria Street. Perkadaran, warna dan motif masjid yang sedia ada juga dipelihara sepenuhnya semasa kerja-kerja peningkatan dilaksanakan, dengan bumbung yang sepadan dibina untuk bangunan baru masjid," tambah beliau.
Menyusuli pandangan yang diutarakan semasa latihan perundingan awam sepanjang 2018, kubur-kubur di sekitar Masjid Malabar juga telah dikekalkan sebagai usaha pemuliharaan, ujarnya lagi sambil mengatakan penghargaan beliau atas kerja keras kakitangan serta sokongan padu masyarakat dan para sukarelawan untuk menjayakan projek tersebut.
"Setinggi-tinggi penghargaan saya kepada semua pihak yang terlibat dalam projek peningkatan yang penuh bermakna ini. Usaha bersama kita telah berjaya melestarikan warisan masjid serta membina ruang bagi lebih ramai jemaah untuk beribadah – sekali gus memupuk rasa perpaduan yang kukuh dalam kalangan masyarakat kita."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.