Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masjid Khalid dibuka secara rasmi selepas jalani kerja naik taraf

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Masjid Khalid yang terletak di Onan Road dibuka secara rasmi pada petang tadi (19 Apr).

Majlis pembukaan semula masjid itu dirasmikan tetamu kehormat Presiden Halimah Yacob.

Turut hadir di acara tersebut adalah Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli serta para pemimpin masyarakat.

Masjid Khalid yang terletak di Onan Road telah selesai menjalani kerja-kerja naik taraf pada bulan Januari lalu selepas menjalani kerja-kerja naik taraf bernilai sekitar S$7.5 juta selama tiga tahun

 
Puan Halimah dibawa mengunjungi Galeri Warisan Masjid Khalid serta melihat-lihat kemudahan-kemudahan baru di masjid yang dibina pada 1917 itu.

Antara kemudahan terbaru yang dibangunkan termasuk bangunan empat tingkat yang menempatkan bilik-bilik darjah serta auditorium.

Masjid Khalid kini boleh menampung sehingga 1,750 jemaah pada satu-satu masa, iaitu peningkatan 75 peratus berbanding jumlah jemaah yang dapat ditampung sebelum dinaik taraf.
PELANCARAN BIASISWA MASJID KHALID ALLA'UDIN

Sempena pembukaan semula Masjid Khalid, ia juga bekerjasama dengan Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) untuk melancarkan Biasiswa Masjid Khalid Alla'udin.

Biasiswa itu dinamakan sempena nama Encik Alla’udin Mohamed, yang sudah 30 tahun berkhidmat sebagai pengerusi Masjid Khalid.

Masjid Khalid mengikrarkan sebanyak S$30,000 sebagai dana permulaan biasiswa itu.
 
Selain biasiswa, cek sehingga $20,000 setiap satu turut disampaikan kepada masjid-masjid dan badan-badan Melayu/Islam yang telah menyokong projek naik taraf Masjid Khalid.

Ini termasuk Masjid Al-Istighfar dan Masjid Al-Ansar.

Usaha-usaha tersebut melambangkan keinginan Masjid Khalid untuk menyumbang kembali kepada masyarakat.
Sumber : BERITA Mediacorp/ae

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan