Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masjid Khalid akan ditutup pada suku terakhir tahun ini bagi kerja-kerja naik taraf

Masjid Khalid akan ditutup pada suku terakhir tahun ini bagi memudahkan kerja-kerja naik taraf.

Anggaran Waktu Membaca:
Masjid Khalid akan ditutup pada suku terakhir tahun ini bagi kerja-kerja naik taraf

Masjid Khalid di Joo Chiat Road. (Gambar: Masjid Khalid/Facebook)

SINGAPURA: Masjid Khalid akan ditutup pada suku terakhir tahun ini bagi memudahkan kerja-kerja naik taraf.

Kerja-kerja tersebut termasuk meluaskan ruang solat menyusuli pembangunan pesat di sekitar Geylang Serai dan Paya Lebar.

Kerja-kerja naik taraf bagi masjid berusia 102 tahun itu dijadual selesai dalam masa dua tahun.

Sebuah masjid sementara yang berupaya menampung 800 jemaah di Onan Road juga sedang diusahakan.

Ini bagi mengurangkan gangguan pada operasi masjid dan programnya serta memenuhi keperluan ruang solat bagi masyarakat Islam di Geylang Serai.

BAKAL TAMPUNG 1,750 JEMAAH

Ruang solat di Masjid Khalid akan dapat menampung seramai 1,750 jemaah selepas dinaik taraf, berbanding 1,000 jemaah sekarang.

Masjid itu juga akan menambah tiga lagi aras, menjadikan Masjid Khalid bangunan empat aras dengan besmen.

MUIS

(Gambar: MUIS)

Enam bilik darjah akan turut disediakan kelak, berbanding dua sekarang.

Kemudahan lif juga akan disediakan dan sebuah bilik acara bakal ditempatkan di aras empat masjid tersebut.

Kerja-kerja naik taraf masjid berkenaan bertujuan meningkatkan kemudahan dan memenuhi keperluan para jemaah.

$5 JUTA DIPERLUKAN

Sebanyak $5 juta diperlukan bagi kempen mengumpul dana bagi kerja-kerja naik taraf Masjid Khalid.

Orang ramai yang mahu menyumbang kepada usaha naik taraf tersebut boleh menghubungi pihak masjid atau emel kepada admin [at] masjidkhalid.sg.

Masjid Khalid terkenal dengan usaha pendampingan akar umbinya bagi mendidik penduduk bukan Muslim di kawasan Joo Chiat supaya lebih memahami Islam dan peranan sesebuah masjid.

Kali terakhir Masjid Khalid menjalani kerja-kerja naik taraf adalah 23 tahun lalu pada 1996. 

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan