Masjid Jamek Queenstown ditutup 2 hari selepas dikunjungi kes COVID-19
Masjid Jamek Queenstown akan ditutup buat sementara waktu untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman hari ini (3 Jun).

Masjid Jamek Queenstown yang terletak di Margaret Drive. (Gambar: Masjid Jamek Queenstown/Facebook)
SINGAPURA: Masjid Jamek Queenstown akan ditutup buat sementara waktu untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman hari ini (3 Jun).
Ia akan dibuka semula pada waktu solat Jumaat, esok (4 Jun).
Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) memaklumkan bahawa seorang individu yang disahkan positif COVID-19 mengunjungi masjid tersebut pada Jumaat lalu (28 Mei) dari 1.00 tengah hari hingga 2.00 petang.
Semua pendaftaran bagi solat berjemaah akan dibatalkan secara automatik.
Dalam pada itu, MUIS menasihatkan para jemaah yang mengunjungi Masjid Jamek Queenstown pada waktu berkenaan supaya memantau kesihatan mereka.
Jika berasa tidak sihat, para jemaah seharusnya dengan segera mendapatkan rawatan perubatan, tulis MUIS dalam catatan Facebooknya itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.