Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masjid Hajjah Fatimah, Masjid Al-Falah ditutup selepas dikunjungi kes positif COVID-19

Masjid Hajjah Fatimah dan Masjid Al-Falah ditutup pada Khamis (29 Apr) bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman.

Anggaran Waktu Membaca:
Masjid Hajjah Fatimah, Masjid Al-Falah ditutup selepas dikunjungi kes positif COVID-19

Masjid Al-Falah (kiri), Masjid Hajjah Fatimah (kanan). (Gambar: MUIS/Al-Falah/Facebook)

Diterbitkan : 29 Apr 2021 12:56PM Dikemas Kini : 29 Apr 2021 12:59PM

SINGAPURA: Masjid Hajjah Fatimah dan Masjid Al-Falah ditutup pada Khamis (29 Apr) bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman.

Ini setelah seorang individu yang mengunjungi kedua-dua masjid itu disahkan positif COVID-19.

Dua masjid lain juga sudah ditutup sementara pada minggu ini setelah dikunjungi individu positif COVID-19.

Masjid Abdul Hamid Kampung Pasiran ditutup sementara juga pada Khamis (29 Apr) manakala Masjid Petempatan Melayu Sembawang ditutup pada Selasa (27 Apr).

Menurut maklumat yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan (MOH) kepada Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), individu berkenaan mengunjungi Masjid Hajjah Fatimah pada 14, 15 dan 17 April pada waktu solat Zuhur dan Asar.

Beliau juga berkunjung ke Masjid Al-Falah pada 16 April bagi solat Jumaat sesi ketiga.

Kedua-dua masjid itu akan dibuka semula pada Jumaat (30 Apr) pada waktu solat Zuhur.

Semua pendaftaran bagi solat berjemaah terbatal secara automatik, termasuk tempahan untuk solat Tarawih, menurut MUIS di laman Facebooknya pada Khamis (29 Apr).

MUIS sedang membantu MOH bagi tujuan pengesanan kontak.

Semua jemaah yang dikenal pasti sebagai kontak rapat individu berkenaan akan dihubungi bagi tindakan susulan.

"Sama-sama kita terus perhatikan langkah keselamatan dan gunakan penggunaan TraceTogether untuk membendung penyebaran COVID-19," menurut MUIS. 

LAPORAN BERKAITAN:

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan