Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masjid Haji Yusof, 2 rumah ibadah lain dijadikan sebahagian koridor warisan di Hougang

Sebuah gereja, kuil dan masjid dipilih sebagai antara perhentian di sepanjang koridor warisan di Hougang. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Oct 2019 10:04PM Dikemas Kini : 26 Oct 2019 10:12PM

SINGAPURA: Sebuah gereja, kuil dan masjid dipilih sebagai antara perhentian di sepanjang koridor warisan di Hougang.

Ia merupakan sebahagian daripada program menyuntik kesegaran kepada estet perumahan Hougang yang dimulakan pada tahun 2011.

Projek itu mahu mengukuhkan lagi identiti sesebuah estet perumahan dengan mendekatkan para penduduknya kepada ciri-ciri warisannya.

Salah sebuah perhentian di koridor Warisan Upper Serangoon sepanjang 4.2 kilometer ialah Kuil Tou Mu Kung yang diumumkan sebagai Monumen Negara pada 2005. Ia mempunyai nilai sejarah yang penting kepada kawasan kejiranan itu.

Tapak-tapak persinggahan lain yang bersejarah termasuk tempat di mana dahulu terletak Ladang Buaya, Gereja St. Paul's dan Masjid Haji Yusoff.

HDB menyatakan ia akan membuka tender bagi koridor tersebut pada bulan ini.

Koridor warisan itu merupakan sebahagian daripada usaha memberikan nafas baru kepada kawasan Hougang bagi menghubungkan para penduduknya dengan warisan kawasan mereka.

Usaha itu dilakukan di bawah Program Membentuk Semula Estet HDB (ROH) yang diumumkan pada 2007.

Woodlands dan Pasir Ris antara estet-estet yang dikenal pasti bagi menjalani program pembaharuan itu.  

Sumber : CNA/UR/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan