Skip to main content

Singapura

Masjid Darul Makmur kembali sambut jemaah pada Aidiladha ini

Anggaran Waktu Membaca:
Masjid Darul Makmur kembali sambut jemaah pada Aidiladha ini

Masjid di Yishun ini akan dibuka semula pada 7 Jun 2025 setelah kerja-kerja naik taraf selesai dijalankan. (Gambar: Facebook/MUIS)

SINGAPURA: Masjid Darul Makmur akan membuka semula pintunya buat para jemaah untuk solat Hari Raya Aidiladha pada Sabtu (7 Jun).

Menurut catatan di Facebook oleh MUIS, ia akan menyediakan dua sesi solat pada 7.20 pagi dan 9.15 pagi.

Masjid yang terletak di Yishun itu ditutup sejak 24 April 2023 bagi kerja-kerja naik taraf besar-besaran.

Bagi memenuhi keperluan solat jemaah bagi penduduk di kawasan itu, lokasi sementara dibuka di bekas tapak Sekolah Menengah Northview dibuka.

Ia dibuka sejak 12 Mei 2023 dan boleh menampung 1,000 jemaah.

Lokasi sementara itu akan digunakan buat kali terakhir pada Sabtu (7 Jun) untuk solat sunat Aidiladha dalam dua sesi solat iaitu pada 7.20 pagi dan 8.15 pagi.

Dalam pada itu, solat Jumaat pada 6 Jun ini akan tetap diadakan di lokasi sementara tersebut. 

ADA KEMUDAHAN MESRA GOLONGAN BERKEPERLUAN KHAS

Masjid yang dinaik taraf itu akan menempatkan ruang solat yang lebih luas bagi menampung bilangan umat Islam yang semakin meningkat di Yishun termasuk penambahan ruang solat keluarga yang baharu.
 

Para jemaah boleh menempatkan ruang solat yang lebih luas di masjid yang baru dinaik taraf. (Gambar: Facebook/MUIS)
Kemudahan mesra golongan berkeperluan khas juga disediakan. (Gambar: Facebook/MUIS)
Masjid itu juga akan dipertingkatkan dengan kemudahan-kemudahan mesra golongan berkeperluan khas bagi jemaah yang menghadapi kesukaran untuk bergerak, dengan menyediakan lif dan tanjakan baharu.

Pembukaan semula masjid ini pada Hari Raya Haji ini bertepatan dengan jangkaan awal oleh Pemangku Menteri bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Faishal Ibrahim yang merupakan bekas Anggota Parlimen bagi GRC Nee Soon pada Mac lalu.
 
Sumber : BERITA Mediacorp/iz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita