Masjid Darul Makmur jalani kerja naik taraf mulai 24 Apr
(Gambar: MUIS)
SINGAPURA: Masjid Darul Makmur akan ditutup mulai Isnin (24 Apr) selepas hujung minggu pertama Hari Raya Aidilfitri.
Ini kerana masjid yang terletak di Yishun itu akan menjalani kerja-kerja naik taraf minggu depan, menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dalam satu hantaran di Instagram pada Khamis (20 Apr).
Kebanyakan operasi Masjid Darul Makmur sudah dipindahkan ke Masjid Assyafaah dan kerja-kerja naik taraf itu dijangka siap menjelang hujung 2025.
Masjid yang dinaik taraf itu akan menempatkan ruang solat yang lebih luas bagi menampung bilangan umat Islam yang semakin meningkat di Yishun, termasuk penambahan ruang solat keluarga yang baru.
Masjid itu juga akan dipertingkatkan dengan kemudahan-kemudahan mesra golongan berkeperluan khas bagi jemaah yang menghadapi kesukaran untuk bergerak, dengan menyediakan lif dan tanjakan baru.
"Kami berbesar hati untuk berkongsi bahawa Masjid Darul Makmur akan mula menjalani kerja-kerja naik taraf minggu depan dan berharap penambahbaikan ini akan memanfaatkan semua lapisan masyarakat serta menyediakan khidmat yang lebih baik kepada jemaah, insya-Allah," menurut MUIS.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.