Masjid Darul Ghufran anjur solat hajat Jumaat ini bagi pelajar duduki peperiksaan akhir tahun
Solat hajat akan diadakan bagi para pelajar yang menduduki peperiksaan akhir tahun selepas sesi kedua solat Jumaat minggu ini, pada sekitar 2.40 petang.

Bangunan Masjid Darul Ghufran di Tampines. (Gambar: MUIS)
Pengumuman itu disahkan oleh Ketua Jabatan Ilmu dan Dakwah Masjid Darul Ghufran, Ustaz Ahmad Nafis Mohammed Roslan.
Solat hajat itu dijangka bermula sekitar jam 2.40 petang dan akan dibimbing Ustaz Jamaluddin Abdul Wahab.
"(Solat hajat ini) secara khusus bagi para pelajar yang sedang menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) dan secara umumnya bagi para pelajar yang sedang atau akan menduduki ujian besar atau akhir tahun.
"Solat hajat hanya akan diadakan Jumaat ini sahaja. Sekiranya ada keperluan, akan diadakan lagi, mengikut keadaan dan permintaan juga," dedah Ustaz Nafis kepada BERITAmediacorp.
Malah solat hajat juga pernah diadakan sebelum pandemik COVID-19 bagi pelbagai tujuan sebelum ini.
"Sebelum COVID-19, pernah juga kami lakukan beberapa solat hajat mengikut situasi seperti peperiksaan, wabak, peperangan, kecelakaan dan sebagainya.
"Dengan keadaan sekarang yang sudah banyak kelonggaran langkah-langkah keselamatan di masjid, maka pihak masjid menyambung semula pelaksanaan solat hajat seperti ini," tambah Ustaz Nafis.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.