Masjid Assyakirin terbitkan video mencuit hati sempena Tahun Baharu; ingin pupuk imej masjid 'mesra masyarakat'
Masjid-masjid tempatan juga rancak menyambut ketibaan Tahun Baharu 2024 dengan cara cukup kreatif.
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Petikan skrin dari FB Assyakirin Mosque
SINGAPURA: Masjid-masjid tempatan juga rancak menyambut ketibaan Tahun Baharu 2024 dengan cara cukup kreatif.
Bagi Masjid Assyakirin misalnya, para asatizahnya telah menghasilkan sebuah video santai di media sosial dalam usaha memaparkan imej masjid yang mesra masyarakat.
Berbekalkan semangat menyambut Tahun Baharu 2024, serta mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2023, Masjid Assyakirin telah menerbitkan sebuah video mencuit hati yang memaparkan beberapa ustaz dari pelbagai peringkat usia dari masjid itu.
Mesejnya yang ingin disampaikan melalui video tersebut adalah supaya masyarakat Melayu/Islam dapat meneruskan usaha menjadi lebih baik pada tahun baharu ini dan menghargai persahabatan yang ada.
Pihak masjid turut memberitahu BERITA Mediacorp, dengan memaparkan ustaz-ustaz sedemikian secara lebih mesra dan senang didekati, mereka berharap ia dapat memaparkan sisi berbeza para asatizah masjid, selain memikat perhatian para jemaah

Sumber : BERITA Mediacorp/IA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.